Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza hampir sold out… Aura Biduanita Negara hebat!
 Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza hampir sold out… Aura Biduanita Negara hebat!
Selebriti

Tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza hampir sold out… Aura Biduanita Negara hebat!

by thevokal 06/10/2025 281

TIGA dekad meniti perjalanan seni, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan pengaruh serta kehebatannya apabila tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza kini hampir habis dibeli peminat sebaik sahaja jualan dibuka sejak beberapa hari lalu.

Konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal menjadi kemuncak sambutan 30 tahun perjalanan seninya dalam industri hiburan serantau.

Setakat ini, kategori tiket Super VIP, Diamond, Silver, Bronze dan Restricted View telah habis dijual, manakala kategori VIP, Platinum dan Gold pula difahamkan semakin pantas dibeli peminat.

Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi lagu Badarsila itu memuat naik poster bertulis “Almost Sold Out”.

“Terima kasih di atas sokongan anda semua dengan mendapatkan tiket #legacy30sitinurhaliza. Saya sangat menghargainya.

“Ada beberapa kategori tiket masih ada, jangan lupa dapatkannya nanti,” tulis Siti pada ruang komen.

Dalam satu kenyataan terdahulu, Siti menjelaskan konsert ini bukan bertujuan untuk memecahkan rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004.

Sebaliknya, ia adalah untuk memberikan pengalaman yang selesa, epik dan penuh makna kepada kira-kira 60,000 penonton di stadium ikonik tersebut.

Tiket Legacy 30 ditawarkan pada harga bermula RM69 hingga RM1,599 menerusi laman rasmi ticket2u.com.

Sehingga kini, hantaran berkenaan telah menerima hampir 8,000 tanda suka dengan ratusan komen daripada peminat dan rakan industri yang sama-sama teruja menantikan konsert mega tersebut.

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 25

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 25

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

Selebriti

Darah Beku Dalam Otak, Shamsul Ghau Ghau

by thevokal 24/01/2026 23

Selebriti Shamsul Ghau Ghau dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.