Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Siti Nurhaliza, Lesti Kejora muncul dengan Kumbang Bunga
 Siti Nurhaliza, Lesti Kejora muncul dengan Kumbang Bunga
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza, Lesti Kejora muncul dengan Kumbang Bunga

by thevokal 22/10/2025 290

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa berita gembira kepada peminat muzik serantau apabila muncul duet bersama bintang Indonesia, Lesti Kejora menerusi lagu Kumbang Bunga.

Tampil mempesona dalam gaya tradisional, Siti menerusi hantaran di Instagramnya (IG) itu memaklumkan lagu yang menggabungkan irama tradisional dan dangdut itu sudah dilancarkan di semua platform penstriman digital bermula hari ini.

“Dua jiwa, dua negara berpadu dalam satu irama. Datuk Seri Siti Nurhaliza dari Malaysia dan Lesti dari Indonesia.

“Single Kumbang Bunga menjadi saksi indahnya cinta muzik tanpa sempadan.

“Laksana songket bertemu batik, garapan indah irama Melayu dan sentuhan dangdut bersatu. 22.10.2025 di seluruh pelantar penstriman digital,” tulis Siti dalam hantaran berkenaan.

Lagu Kumbang Bunga ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini menjadi single pertama daripada album terbaharu Siti Nurhaliza, sekaligus melambangkan persahabatan serta keharmonian dua negara serumpun yang di satukan menerusi bahasa muzik.

Kumbang Bunga membawa makna signifikan sebagai gabungan tiga irama utama iaitu Inang, dangdut dan masri dalam garapan kontemporari tradisional.

Lagu ini dihasilkan bagi menyantuni peminat muzik dari pelbagai lapisan usia, melangkaui generasi serta menarik minat golongan muda untuk terus mendekati muzik berteraskan warisan.

Kumbang Bunga sudah boleh distrim di semua platform digital sekarang. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Perang Festival Raya: Orang Dijangka Serbu, Beli-Belah

by thevokal 14/03/2026 15

Lebih kurang seminggu lagi menyambut Aidilfitri, suasana dijangka meriah apabila orang ramai mengambil kesempatan

Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat

by thevokal 13/03/2026 16

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat

Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 25

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.