Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih tahu agama, tak jahil” – Shuhaimi Lua 
 Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih tahu agama, tak jahil” – Shuhaimi Lua 
Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih tahu agama, tak jahil” – Shuhaimi Lua 

by thevokal 03/12/2025 37

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya Manrobbuka, mempunyai adegan di ranjang yang jelas.

Menurut Shuhaimi yang juga pemilik Tanah Beris Film Production, babak lakonan Haidar dan Wanie Ooi itu tidak pernah dirakam secara eksplisit atau jelas, sebaliknya hanya menggunakan teknik kamera untuk menyampaikan mood dramatik.

“Saya terkejut juga apabila ramai yang bertanyakan hal ini. Mungkin ada pelakon atau krew yang sudah berkongsi tentang babak-babak yang ada dalam filem ini.

“Saya masih tahu batas agama dan sensitiviti masyarakat. Saya bukanlah jahil sangat. Tak mungkinlah saya nak tunjuk adegan seks. Itu cuma angle kamera, bukan apa yang orang sangka.

“Saya tahu dah ada yang mula bercakap tentang hal ini, namun seperti apa yang saya jelaskan, ia hanya teknik kamera. Tak lebih daripada itu.

“Ada sebab kenapa diwujudkan babak sebegitu (guna teknik kamera) dalam filem seram ini. Kenalah tonton apabila ditayangkan di pawagam tahun depan,” katanya.

PENGARAH filem Manrobbuka, Shuhaimi Lua

Shuhaimi juga menegaskan bahawa kesemua adegan dalam Manrobbuka akan dinilai oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) agar mematuhi garis panduan ketat penapisan.

Dalam masa yang sama, Shuhaimi mendedahkan satu perkara yang jarang diakui penggiat seni iaitu mempertaruhkan pelakon baharu untuk beraksi dalam filemnya.

“Pelakon popular tak semestinya menjamin pulangan atau menjadi faktor utama orang datang ke pawagam. Sebelum ini kita lihat, ada filem yang meletakkan barisan pelakon hebat namun tiket kurang laku.

“Penonton sekarang lebih matang dan bijak. Mereka tengok jalan cerita, tengok lakonan, bukan populariti.

“Jujurnya, kekuatan filem hari ini bergantung pada penceritaan, kesesuaian watak dan lakonan jujur, bukannya jumlah pengikut media sosial.

“Selain itu, sebagai pengarah yang sudah lebih 20 tahun dalam industri, saya rasa bertanggungjawab untuk memberi peluang kepada pelakon baharu yang mempunyai pakej lengkap dan boleh pergi jauh.

“Kalau bukan kita yang bagi peluang, siapa lagi? Industri kita perlukan pelapis dalam masa yang sama tidak mengetepikan pelakon-pelakon sedia ada.

“Dalam masa yang sama, pelakon baharu yang diberikan peluang ini haruslah serius dan mengambil cabaran ini untuk buktikan bakat yang ada,” katanya.

 

RM500,000 dari poket sendiri!

Tanpa bergantung kepada pelabur besar, Shuhaimi mendedahkan bahawa Manrobbuka dibiayai menggunakan RM500,000 duit poketnya sendiri, semata-mata mahu menghasilkan filem ikut visinya.

“Saya keluarkan kos sendiri. Saya nak filem ini lahir dengan apa yang saya bayangkan. Ini naskhah jiwa saya.

“Tak dinafikan ia mengambil risiko kerana duit sendiri, namun saya harus berani,” tambahnya lagi.

Filem Manrobbuka adalah filem pertama terbitan Tanah Beris Film Production Sdn.Bhd.

Ini merupakan arahan filem yang kedua oleh Shuhaimi Lua selepas filem Pontianak 200kg.

Antara barisan pelakon filem ini ialah Wanie Ooi, Khaled Asharief, Haidar Hasanudin, Noralbaniah, Kazar Saisi, Raja Azmi, Adam Furqon, Ariff Idrus, Ferth Jasni dan ramai lagi.

 

Sinopsis Manrobbuka

Nora dan Adam bercerai selepas lapan tahun bersama. Nora mendapat hak penjagaan Aqash. Adam terus merindui keluarganya.

Kemudian muncul Johan seorang duda kaya, kemas, sempurna di mata semua orang. Nora akhirnya berkahwin demi masa depan anaknya. Tetapi rumah bahagia itu mula berubah menjadi rumah misteri apabila Nora perlu menjaga ibu Johan, Bainun, yang uzur dan hanya makan daging mentah.

Aqash mula diganggu. Keanehan demi keanehan tercetus. Kemudian Johan maut dalam kemalangan, meninggalkan segalanya kepada Nora termasuk amanah menjaga Bainun.

Kehadiran Adam kembali menghidupkan konflik lama. Namun cerita Aqash tentang gangguan Bainun memaksa Adam tinggal di rumah itu demi melindungi anaknya.

Mat dan Salmah, pasangan penjual daging, mula membuka kisah lama Suraya iaitu isteri pertama Johan yang hilang sebelum dikatakan meninggal dunia.

Lapisan demi lapisan terbongkar.

Siapa sebenarnya Bainun?
Apa rahsia gelap yang menghantui keluarga ini? Dan apa kaitannya dengan Suraya yang hilang secara misteri? – THE VOKAL

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 17

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

Selebriti

Afgan kembali dengan album Retrospektif… Pengakuan Paling

by thevokal 03/12/2025 27

SETELAH tujuh tahun sunyi tanpa album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan membuat kemunculan

Selebriti

Ada yang nak ‘pijak’ saya sebab geram

by thevokal 03/12/2025 34

PERCATURAN Rozita Che Wan atau Che Ta kembali aktif berlakon tahun ini disifatkan tepat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.