Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh & Umairah serikan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
 Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh & Umairah serikan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
Selebriti

Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh & Umairah serikan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

by thevokal 25/12/2025 9

Barisan artis jemputan istimewa iaitu Cakra Khan, Hafiz Suip, Noh Salleh dan Umairah bakal menjadi antara tarikan utama dalam Konsert Legacy 30 Datuk Seri Siti Nurhaliza yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Januari depan.

Pemilihan keempat-empat artis tersebut bukan dibuat secara rawak, sebaliknya berdasarkan hubungan kerjasama dan perjalanan seni yang pernah terjalin bersama Biduanita Negara itu sepanjang 30 tahun penglibatannya dalam industri seni.

Menurut Siti, kehadiran penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan, memberi dimensi antarabangsa kepada konsert mega itu, manakala Hafiz Suip dan Noh Salleh pula dipilih kerana kekuatan vokal serta keunikan muzik masing-masing.

Penyertaan Umairah, anak saudaranya sendiri, turut membawa elemen legasi dan kekeluargaan yang dekat di hati penyanyi nombor satu negara itu.

“Artis jemputan yang dipilih adalah mereka yang pernah bekerjasama dengan saya. Setiap seorang ada nilai dan cerita tersendiri dalam perjalanan seni saya,” katanya.

Siti berkata demikian pada Sidang media Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza berlangsung di Hemisfera Luxury Sky Hall, Menara Kuala Lumpur, semalam.

Konsert Legacy 30 dijangka menghimpunkan seramai 63,000 penonton, sekali gus menjadikannya konsert terbesar dan pembuka tirai tahun 2026.

Siti turut menjanjikan persembahan bertaraf antarabangsa, namun menegaskan penganjuran konsert mega itu bukan bertujuan menandingi mana-mana pihak.

“Saya bukan nak menandingi sesiapa, sebaliknya lebih kepada meraikan peminat yang menyokong saya selama 30 tahun dalam industri seni,” katanya.

Menurutnya, konsert kali ini melibatkan kapasiti yang jauh lebih besar berbanding konsert terdahulu di Arena Axiata yang memuatkan sekitar 15,000 penonton, selain membabitkan kira-kira 2,000 tenaga produksi bagi menjayakan persembahan bersejarah itu.

Berkongsi perasaan menjelang konsert, Siti mengakui masih berdepan debaran walaupun sudah sering mengadakan konsert berskala besar.

“Semakin dekat tarikh konsert, saya semakin berdebar, tetapi pada masa sama teruja untuk memberikan yang terbaik,” katanya.

Dalam tempoh dua minggu menjelang konsert, Siti kini giat membuat persiapan akhir termasuk dari segi stamina dan tarian, selain menjaga kesihatan vokal dengan mengelakkan minuman berais sejak sebulan lalu.

“Saya juga akan mengadakan sesi latihan bersama barisan pemuzik dan artis jemputan selepas ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai tekanan penganjuran konsert terbesar dalam kariernya, Siti tidak menafikan wujud harapan tinggi daripada peminat dan industri.

“Bohonglah kalau tak rasa tekanan. Semua konsert memang ada tekanan sebab semua orang nak buat yang terbaik. Saya tak mahu buat kerja ‘cincai’ kerana ini konsert sempena 30 tahun dalam industri,” katanya.

Siti turut berkongsi bahawa beliau banyak menimba ilmu daripada Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dalam menampilkan kelainan dan elemen kejutan setiap kali mengadakan konsert.

Pada malam bersejarah itu, Siti bakal menyampaikan lebih 30 lagu, termasuk persembahan medley dan duet bersama artis jemputan, yang dibahagikan kepada empat segmen sepanjang tiga jam persembahan. – THE VOKAL

 

 

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Ibu Ziana Zain meninggal dunia akibat kanser

by thevokal 25/12/2025 14

Takziah diucapkan buat penyanyi popular Ziana Zain dan Anuar Zain apabila sekali lagi diuji

Selebriti

‘Cepat penat, hidung kerap berdarah’… Zara Zya

by thevokal 21/12/2025 28

PELAKON terkenal Zara Zya berkongsi berita menyentuh hati apabila mendedahkan dirinya disahkan menghidap kanser

Selebriti

Penantian Berbaloi… My Chemical Romance kekal dua

by thevokal 20/12/2025 40

Satu penantian yang berbaloi. Itulah yang dapat digambarkan bagi peminat My Chemical Romance (MCR)

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.