Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Pelakon Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
 Pelakon Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah
Selebriti

Pelakon Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah

by thevokal 18/01/2026 150

Usaha mengesan pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lalu, akhirnya berakhir dengan khabar duka apabila beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.

Pengesahan itu dimaklumkan oleh Presiden Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS), Anne Abdullah menerusi hantaran di Facebook, pagi ini, selepas siasatan dijalankan dengan bantuan pelbagai pihak.

Menurut Anne, pelakon berusia 50 tahun itu, atau nama sebenarnya Nadia Kasumawati Abdul Karim, menghembuskan nafas terakhir ketika berada di Jeddah. Namun, punca kematian tidak didedahkan.

Dalam hantaran tersebut, Anne meluahkan rasa dukacita atas pemergian sahabatnya itu dan menyifatkan kehilangan berkenaan sebagai satu tamparan besar buat dirinya serta warga seni.

“Dengan hati yang berat dan penuh rasa dukacita, setelah segala usaha, siasatan dan bantuan daripada semua pihak dilakukan, kami ingin memaklumkan bahawa sahabat kita yang tercinta, Nadia Kesumawati, telah kembali ke rahmatullah di Jeddah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua individu dan pihak yang terlibat dalam usaha pencarian serta mereka yang tidak putus mendoakan sepanjang tempoh tersebut.

Anne dalam masa sama memohon agar keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi ujian yang amat berat ini.

Terdahulu, kehilangan pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu mencetuskan kebimbangan ramai selepas beliau gagal dikesan sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan. – THE VOKAL

 

 

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 100

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 112

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 111

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.