Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna Lebaran 2026 Dalam Pertunjukan Fesyen Berprestij
 Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna Lebaran 2026 Dalam Pertunjukan Fesyen Berprestij
Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna Lebaran 2026 Dalam Pertunjukan Fesyen Berprestij

by thevokal 31/01/2026 7

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi penganjuran Pertunjukan Fesyen Warna Lebaran Ariani 2026 yang berlangsung dengan penuh gemilang di Conference Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), baru-baru ini.

Pertunjukan fesyen berprestij ini meraikan keindahan warna sebagai simbol keanggunan, kebersamaan dan kegembiraan Aidilfitri, diterjemahkan melalui rekaan hijab dan busana raya Ariani yang moden serta elegan.

Lebih 100 rekaan hijab dan busana dipersembahkan di pentas peragaan, menampilkan motif alam, flora serta cetakan abstrak kontemporari yang digabungkan dengan pilihan material dan teknik cetakan yang unik.

Koleksi Warna Lebaran Ariani 2026 turut mengetengahkan warna-warna tular tahun ini seperti Strawberry Matcha, Teal dan Lime Green, disesuaikan dengan cita rasa semasa tanpa mengabaikan identiti klasik jenama Ariani.

Pertunjukan ini disaksikan oleh lebih 1,000 tetamu jemputan terdiri daripada pelanggan VVIP dan setia Ariani , rakan media, selebriti serta pempengaruh tempatan.

Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani, berkata Aidilfitri membawa makna yang lebih mendalam daripada sekadar perhimpunan keluarga dan tradisi bermaaf-maafan.

“Aidilfitri adalah saat untuk meraikan kebersamaan bersama insan tersayang. Persalinan baju raya bukan sekadar pakaian, tetapi lambang kegembiraan dan kenangan bermakna yang diraikan bersama keluarga,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd., Datin Seri Farah Haryani

 

Lebih 400 Variasi Hijab Untuk Pelbagai Gaya

Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Ariani menawarkan lebih 400 variasi hijab merangkumi selendang dan tudung instant, termasuk 100 rekaan bawal satin dan twill bercorak, 100 rekaan bawal voile bercorak, 100 rekaan selendang bercorak dalam material cotton, satin dan chiffon, serta 100 rekaan selendang dan bawal polos yang dihiasi perincian berlian dan sulaman dalam pelbagai pilihan warna tumpuan.

 

Ariani Luxe Serlah Keanggunan Eksklusif

Koleksi Ariani Luxe menampilkan lebih 100 rekaan tudung premium yang dihiasi perincian French lace dan sentuhan kristal Swarovski, dihasilkan dengan ketelitian artisan menggunakan material berkualiti tinggi.

Pelakon dan penyanyi terkenal, Elly Mazlein, tampil membuka tirai pertunjukan fesyen sebagai Muse Ariani Luxe 2026, memperagakan rekaan eksklusif yang menyerlahkan keanggunan serta personalitinya.

Barisan Duta & Wajah Kempen 2026

Pertunjukan fesyen ini mengekalkan Lisa Surihani, Bella Dally dan Uyaina Arshad sebagai duta tetap ARIANI, selain memperkenalkan Fyza Kadir sebagai wajah Ariani RTW Premium.

Barisan selebriti lain yang turut memeriahkan pentas peragaan termasuk Qasrina Karim, Elisya Sandha, Cik Epal, Ammar Azman dan Madnor, manakala Mira Filzah kembali menyerikan kempen raya ARIANI tahun ini.

Liberty London x Ariani : Kolaborasi Antarabangsa

Kemuncak acara diserikan dengan kolaborasi tahun kedua antara Ariani dan Liberty London, memperkenalkan 16 cetakan eksklusif baharu Liberty X Ariani yang menampilkan potongan tradisional serta mengangkat keindahan warisan budaya Malaysia.

Fabrik berkualiti tinggi dan corak bunga ikonik Liberty melambangkan penyatuan nilai tempatan dengan estetika jenama antarabangsa.

Koleksi Lelaki Aryan & 300,000 Busana Raya

Koleksi lelaki Aryan turut dipersembahkan, menampilkan rekaan baju Melayu, kurta dan jubah untuk semua peringkat umur. Tahun ini menyaksikan Bront Palarae diperkenalkan sebagai duta baharu Aryan.

Menurut Datin Seri Farah Haryani, sebanyak 300,000 helai busana raya Ariani RTW disediakan bagi sambutan Aidilfitri tahun ini. Walaupun hanya 140 rekaan dipersembahkan di pentas peragaan, koleksi penuh merangkumi lebih 600 rekaan terkini daripada saiz bayi hingga dewasa, menggunakan hampir 10 jenis material premium bagi memastikan keselesaan dan kualiti terbaik.

 

Perkembangan Jenama & Komitmen Inklusiviti

Ariani turut mengumumkan pembukaan cawangan baharu di KLGCC, sebagai simbol pertumbuhan berterusan jenama dalam menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih eksklusif.

Selari dengan DNA jenama, Ariani kekal komited menyediakan koleksi berkualiti tinggi pada harga berpatutan serta inklusif untuk semua peringkat usia.

Acara ini dimeriahkan lagi dengan Pertunjukan Fesyen Ariani Premium serta persembahan artis popular tanah air seperti Datuk M. Nasir, Liza Aziz, Azlina Aziz, Ruffedge dan Amelina.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tengku Permaisuri Hajjah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, menjadikan pertunjukan ini antara yang paling mewah dan berprestij pernah dianjurkan oleh Ariani. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Terus Kukuh… ‘Eskayvie Bukan Sekadar Jenama, Tetapi

by thevokal 27/01/2026 32

DALAM dunia kesihatan global yang semakin mencabar, permintaan terhadap solusi yang berpandukan ilmu, sains

Selebriti

Jakel Cetus Fenomena Raya 2026, Fazura ‘Meletup’

by thevokal 26/01/2026 34

Selepas lebih empat dekad menguasai industri tekstil dan fesyen tempatan, Jakel akhirnya mencipta satu

Selebriti

Darah Beku Dalam Otak, Shamsul Ghau Ghau

by thevokal 24/01/2026 31

Selebriti Shamsul Ghau Ghau dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.