Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Along Eyzendy Meninggal Dunia
 Along Eyzendy Meninggal Dunia
Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 113

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang, Selangor.

Berita duka itu dimaklumkan oleh aktor, Fezrul Khan di Instagram (IG).

“Salam takziah buat keluarga @alongeyzendy . Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

“Kepada abangku Along Eyzandy. Maafkan saya kalau saya ada salah dan silap selama ini dengan awak. Semoga tenang la awak di sana,” tulisnya.

Pada Khamis lalu, Along atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47, terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Terapi (ICU) akibat pendarahan serius dalam perut.

Sebelum itu arwah dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam dan batuk berpanjangan sebelum mengesyaki terdapat jangkitan pada stent di saluran hempedu.

Untuk rekod, Along merupakan anak kelahiran Ipoh Perak memulakan kerjaya sebagai peniup trumpet sebelum menceburi bidang lakonan pada tahun 2003.

Allahyarham pernah membintangi filem terkenal seperti Lagenda Budak Hostel, Khurafat: Perjanjian Syaitan, Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, dan Mat Moto.

Selain itu, arwah turut aktif dalam beberapa drama seperti Bini-Bini Perkasa, Keranamu Laila, Sanggul Beracun, Keranamu Laila dan banyak lagi.

Arwah meninggalkan seorang balu iaitu Hamidah Mohd Yatim dan tiga orang anak. – THE VOKAL

 

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 19

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

Selebriti

‘Ingatkan Syawal Ini Sempat Beraya… ‘– Alyah

by thevokal 22/03/2026 33

Penyanyi popular Datin Alyah meluahkan rasa sedih apabila tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama arwah

Selebriti

Zoey Rahman, Elliza Razak Pertaruh Lagu Raya

by thevokal 15/03/2026 49

Pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Zoey Rahman tidak pernah menyangka dirinya mampu menulis lirik

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.