Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah Suami Kepada Fiona
 Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah Suami Kepada  Fiona
Selebriti

Hafiz Suip Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah Suami Kepada Fiona

by thevokal 13/02/2026 11

Penyanyi Hafiz Suip kini kembali bergelar suami apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Fiona.

Khabar gembira itu dimaklumkan menerusi perkongsian terbaharu di Instagram ERA.Je pada Jumaat.

Menerusi video yang dimuat naik, Hafiz tampil segak berbaju putih ketika melafazkan akad nikah.

“Tahniah Hafiz Suip dan pasangannya Fiona. Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah,” menurut kapsyen yang disertakan pada hantaran tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut membanjiri pasangan berkenaan dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik.

Sebelum ini, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak, Muhammad Riyahd Zafri, 9, serta Muhammad Alkaf Zayne, 5.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada Mei tahun lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 19

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 39

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 74

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.