Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Gema Raya Putrajaya Gegar PICC! Festival Mega 33 Hari, Harga Mesra B40 Tapi Line-Up Artis Gred A
 Gema Raya Putrajaya Gegar PICC! Festival Mega 33 Hari, Harga Mesra B40 Tapi Line-Up Artis Gred A
Gema Raya Putrajaya 2026 merupakan festival raya yang dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Selebriti

Gema Raya Putrajaya Gegar PICC! Festival Mega 33 Hari, Harga Mesra B40 Tapi Line-Up Artis Gred A

by thevokal 20/02/2026 9

Festival raya terbesar yang pertama di puncak tertinggi Putarajaya iaitu Gema Raya Putrajaya 2026@PICC komited membantu rakyat menerusi penawaran harga produk dan jualan sekali gus meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Penganjur yang juga Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal berkata, usaha itu amat penting terutama menjelang Ramadan dan

Hari Raya Aidilfitri apabila kos sara hidup semakin meningkat sekali gus memberi kesan kepada kumpulan B40 dan juga M40.

Beliau turut menepis dakwaan festival itu disasarkan kepada golongan T40 apabila diadakan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang terkenal sebagai bangunan ikonik memiliki fasiliti bertaraf antarabangsa dan ruang luas yang berhawa dingin sepenuhnya.

“Sebagai penganjur, kami memberi jaminan harganya yang ditawarkan di Gema Raya Putrajaya masih berpatutan dan mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat.

“Malah kami sikap melihat peniaga di sini tidak terlalu mementingkan keuntungan semata-mata, sebaliknya menawarkan harga munasabah demi keberkatan yang wajar dicontohi oleh usahawan lain di semua peringkat.

“Apatah lagi sewa lot niaga di sini tidak terlalu membebankan walaupun menyewa selama 33 hari yang membolehkan peniaga tidak sewenangwenangnya meletak harga tinggi untuk mendapat balik modal sewa,” katanya pada majlis pelancaran Gema Raya Putra 2026@PICC di PICC, baru-baru ini.

Gema Raya Putrajaya 2026 merupakan festival raya yang dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Pada majlis sama, turut dilancarkan lagu tema festival itu yang berjudul Gema Raya yang tulis dan dinyanyikan Rayme sendiri.

Gema Raya Putrajaya 2026 merupakan festival raya yang dianjurkan sepenuhnya oleh Raydiates Blue Sdn. Bhd. dengan kerjasama PULSE Group serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Turut serta sebagai Rakan Strategik edisi pertama Gema Raya Putrajaya adalah GRAB, MindLab, Red Circle Studio, Happy Token, Aunim Model, Mahardika Production, JBS Solutions, Monster Outdoor, Anjung E.A.T.S, GG Coffee dan Rakan Pelaksana POUCHES MY.

Pengarah Urusan Raydiates Blue Sdn Bhd, Rayme Zainal

Festival itu menggabungkan keusahawanan, seni budaya, penggunaan teknologi, program kerohanian serta inisiatif kebajikan komuniti, dengan penyertaan hampir 300 vendor dan jangkaan kehadiran sehingga 800,000 pengunjung.

Mengulas lanjut, Rayme turut mengakui pihaknya menyedari tanggapan masyarakat mengenai Gema Raya Putrajaya yang disifatkan festival bertaraf prestij apabila bakal diserikan dengan kemunculan istimewa beberapa artis popular tanah air bertaraf gred A

Kata beliau, kemunculan Aina Abdul, Ernie Zakri, Khai Bahar, Amir Masdi dan Nabila Razali yang akan membuat persembahan pada hujung minggu terpilih pasti dinantikan pengunjun kerana kesemua mereka merupakan bekas finalis yang pernah berentap di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu.

Tambahnya, turut memeriahkan acara adalah Bella Astillah serta artis meningkat naik iaitu juara sulung program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia, Didie Shazry, dan kumpulan Alpha yang ditubuhkan menerusi program Big Stage Alpha.

“Selain barisan agamawan terkenal yang telah di susun dalam pengisian kerohanian untuk program Nur Ramadan, kehadiran barisan artis popular ini dijangka menjadi tarikan utama kepada pengunjunguntuk hadir dan membeli-belah sempena menyambut bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri sepanjang tempoh 33 hari penganjuran selain pengisian kerohanian dan seni budaya.

“Pembabitan artis bertaraf gred A yang pernah memenangi pelbagai anugerah dilihat sebagai penanda aras kelangsungan dan kejayaan penganjuran Gema Raya Putrajaya pada masa akan datang.

“Sebagai penganjur, kami mahu memberikan yang terbaik kepada semua pihak terutama kepada usahawan yang berniaga, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke PICC,” katanya. THE VOKAL

 

 

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 45

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 48

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 68

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.