Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. ‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu Di Aidilfitri… Dzulldeclassique Siapkan Lebih 3,000 Baju Melayu
 ‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu Di Aidilfitri… Dzulldeclassique Siapkan Lebih 3,000 Baju Melayu
Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu Di Aidilfitri… Dzulldeclassique Siapkan Lebih 3,000 Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 61

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana mereka perlu menyiapkan tempahan pelanggan mengikut masa yang dijanjikan.

Malah, ketika ini tidak mustahil ramai tukang jahit tidak cukup tidur memandangkan banyak baju raya pelanggan perlu disiapkan.

Namun jika tahun lalu, persalinan hijau zaitun dan jingga bata menjadi pilihan, biru kehijauan atau teal blue dijangka menjadi warna popular tema baju Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada 21 Mac ini.

Ia diakui oleh pemilik Butik Dzulldeclassique Original, Zulkifli Rahmat selepas warna pakaian itu menjadi pilihan utama para pelanggannya ketika ini.

Beliau berkata, kebanyakan pelanggan yang datang membuat tempahan sejak awal Disember lalu rata-rata memilih warna biru sebagai pilihan mereka.

“Kebanyakan pelanggan yang datang membawa kain berwarna biru kehijauan, malah bagi yang memilih kain di butik pula, ramai yang bertanyakan warna yang sama hingga saya kehabisan stok.

“Momentum tempahan melonjak tiba-tiba pada awal Ramadan lalu kerana kebanyakan ibu bapa yang datang buat tempahan di saat akhir kerana pada mula memberi fokus kepada perbelanjaan anak-anak memasuki persekolahan.

“Saya hanya menerima tempahan sehingga pertengahan akhir bulan lalu untuk kenalan rapat sahaja,” katanya ketika diminta mengulas mengenai ramalan warna baju Melayu sempena Aidilfitri 2026.

Zulkifli bersyukur kerana masih menerima tempahan lebih 3,000 baju Melayu seperti Aidilfitri tahun lalu walaupun bersengkang mata untuk menyiapkan baju yang ditempah mengikut masa ditetapkan.

Mengulas lanjut, Zulkifli bersyukur kerana masih menerima tempahan lebih 3,000 baju Melayu seperti Aidilfitri tahun lalu walaupun bersengkang mata untuk menyiapkan baju yang ditempah mengikut masa ditetapkan.

Bapa kepada tiga anak itu berkata, waktu tidur bersama tujuh pekerjanya hanya selepas Subuh setiap hari, dan ia sudah menjadi rutin bagi mereka setiap kali Ramadan, lebih-lebih lagi menghampiri Syawal.

“Sejak awal tahun ini, tiada istilah hari cuti buat saya dan pekerja kerana kami bekerja tujuh hari seminggu demi menyiapkan tempahan 3,000 baju Melayu.

“Kebiasaan pelanggan akan datang ke butik pada hujung minggu bersama keluarga masing-masing untuk membuat tempahan awal di mana semua baju Melayu akan siap sepenuhnya pada minggu ketiga Ramadan nanti,” katanya.

Zulkifli yang memiliki Butik Dzulldeclassique cukup popular dengan rekaan pakaian terutamanya dalam kalangan golongan lelaki untuk membuat baju Melayu sejak akhir tahun 1990an.                                                                                                                                              Baju-baju Melayu rekaannya itu sering terpampang di majalah-majalah dan dipakai pula oleh golongan VIP dan artis-artis sekali gus menjadikan jenama Dzulldeclassique kekal bertahan sehingga hari ini.

Beliau memulakan perniagaan membuat baju Melayu pada tahun 1993 sebelum menyewa di Arked Mara Kajang dua tahun kemudian.

Zulkifli kini boleh dianggap jutawan berpindah ke bangunan baru di Jalan Reko yang dibelinya pada 2016 dengan nilai lebih RM1 juta. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 11

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest

by thevokal 10/03/2026 23

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila

Selebriti

“Mana Ada!” – Erma Fatima Tegas Nafi

by thevokal 03/03/2026 30

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan drama terbaharu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.