Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat OKU Raih Pujian Ramai
 Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat OKU Raih Pujian Ramai
Selebriti

Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Santuni Peminat OKU Raih Pujian Ramai

by thevokal 13/03/2026 10

Biduanita Negara, Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya menyantuni seorang peminat Orang Kurang Upaya (OKU) menjadi tular di media sosial.

Menerusi video yang dikongsi di platform Threads, Siti yang juga penyanyi nombor satu negara itu dilihat melayan peminat berkenaan dengan penuh sopan dan mesra ketika berada di Singapore Expo, baru-baru ini.

Apa yang lebih menyentuh hati, peminat tersebut difahamkan tidak dapat bertutur dan hanya berkomunikasi menggunakan isyarat tangan.

Walaupun begitu, situasi itu tidak menghalang Siti untuk berinteraksi dengan penuh sabar dan keikhlasan.

Dalam video berkenaan, peminat itu dilihat sempat mencium pipi Siti sebelum dibalas dengan senyuman manis daripada pelantun lagu Kesuma itu.

Momen ringkas itu nyata menyentuh hati ramai apabila perkongsian berkenaan mula tular, dengan rata-rata netizen memuji sikap rendah diri serta keikhlasan Siti ketika melayan peminat istimewanya. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Hotel Tenera Dinobatkan Best Ramadan Buffet 2026,

by thevokal 13/03/2026 13

Tenera Hotel & Suites terus mengukuhkan reputasinya dalam industri hospitaliti apabila dinobatkan sebagai penerima

Selebriti Sensasi

‘Teal Blue’ Jadi Warna Pilihan Baju Melayu

by thevokal 11/03/2026 90

Menjelang seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, seperti kebiasaannya tukang jahit menjadi orang paling sibuk kerana

Selebriti

‘Nak Raya Tapi Duit Tak Ada!’… Baby

by thevokal 11/03/2026 30

Penyanyi popular Baby Shima tampil dengan pendekatan berbeza untuk musim perayaan tahun ini menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.