Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Hadi Awang Sentuh Isu CSA, Ingatkan Pemimpin Jangan Terjebak Sifat Dajjal
 Hadi Awang Sentuh Isu CSA, Ingatkan Pemimpin Jangan Terjebak Sifat Dajjal
Semasa

Hadi Awang Sentuh Isu CSA, Ingatkan Pemimpin Jangan Terjebak Sifat Dajjal

by VOKALIS 05/11/2026 10

Presiden  PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pelaksanaan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan atau Confidence and Supply Agreement (CSA) sebagai pendekatan yang mempunyai ciri-ciri Dajjal kerana didakwa menjadikan kuasa sebagai alat untuk terus mempertahankan pemerintahan.

Menerusi kenyataan bertajuk Tempias Dajjal Sudah Tiba yang disiarkan di Facebook pada 3 November, beliau mengaitkan perkembangan itu dengan hadis Rasulullah SAW mengenai hilangnya amanah apabila urusan pemerintahan diserahkan kepada pihak yang tidak layak.

Menurutnya, amanah kepimpinan merupakan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan dengan adil tanpa mengira latar belakang politik rakyat.

“CSA adalah pendekatan Dajjal pada akhir zaman yang menjadikan kuasa bukan lagi suatu amanah yang wajib ditunaikan kepada semua, tetapi memaksa untuk terus berkuasa,” katanya.

Abdul Hadi berkata, CSA merupakan satu bentuk persetujuan politik di Parlimen yang membolehkan blok pembangkang atau Ahli Parlimen bebas memberikan sokongan bersyarat kepada kerajaan.

Beliau turut mempersoalkan keperluan mewujudkan perjanjian sedemikian bagi memastikan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat dilaksanakan.

“Mana-mana parti yang menjadi kerajaan wajib menunaikan amanah kepada rakyat secara langsung tanpa perlu membuat aku janji terlebih dahulu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan hasil negara yang diperoleh melalui pelbagai bentuk kutipan cukai merupakan hak seluruh rakyat dan manfaatnya perlu dikembalikan tanpa mengira parti politik yang disokong.

“Hasil percukaian ini melibatkan penggunaan dan keperluan seluruh rakyat, maka faedahnya wajib dipulangkan kepada semua rakyat, tanpa mengira sama ada mereka mengundi parti kerajaan ataupun parti pembangkang,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Abdul Hadi turut mengingatkan pemimpin supaya tidak menjadikan jawatan sebagai peluang meraih kepentingan duniawi, sebaliknya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan keadilan.

Beliau turut memetik Surah al-Nisa’ ayat 58 yang menekankan kewajipan menunaikan amanah kepada mereka yang berhak serta berlaku adil ketika membuat keputusan.

Selain itu, beliau mengingatkan bahawa keadilan perlu ditegakkan terhadap semua pihak, termasuk golongan yang dimusuhi, sebagaimana terkandung dalam Surah al-Ma’idah ayat 8.

Kenyataan tersebut turut mengaitkan kemunculan Dajjal dengan kemunculan pendusta-pendusta kecil yang didakwa membawa sifat penipuan dan menggunakan kesenangan dunia untuk mempengaruhi manusia.

 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Blackmores Perkenal Multivitamin Dengan Habbatus Sauda, Formulasi

by VOKALIS 05/11/2026 10

BLACKMORES Malaysia memperkenalkan multivitamin terbaharunya yang mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral serta habbatus

Semasa

‘Nak Defend Pun Berakal Sikit’, Neow Choo

by VOKALIS 05/11/2026 8

Isu banjir kilat yang semakin kerap berlaku di Selangor mengundang perhatian Ketua Penerangan Pemuda

Semasa

KKM belanja lebih RM3 juta laksana MyCHAMPION

by VOKALIS 05/11/2026 16

Kementerian Kesihatan membelanjakan sebanyak RM3.38 juta bagi pelaksanaan program Ejen Kesihatan Komuniti Malaysia (MyCHAMPION)

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.