Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. KKM belanja lebih RM3 juta laksana MyCHAMPION
 KKM belanja lebih RM3 juta laksana MyCHAMPION
Semasa

KKM belanja lebih RM3 juta laksana MyCHAMPION

by VOKALIS 05/11/2026 8

Kementerian Kesihatan membelanjakan sebanyak RM3.38 juta bagi pelaksanaan program Ejen Kesihatan Komuniti Malaysia (MyCHAMPION) dari 2025 hingga Oktober lalu, melibatkan lebih 200 permohonan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, peruntukan itu bagi memperkukuh penglibatan masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran serta penjagaan kesihatan khususnya menangani penyakit tidak berjangkit atau NCD.

Beliau berkata, sistem kesihatan negara perlu beralih daripada pendekatan yang hanya menumpukan kepada rawatan pesakit kepada usaha memastikan rakyat kekal sihat melalui penjagaan kesihatan preventif, promotif dan prediktif.

Jelasnya, pendekatan itu dilihat sebagai medium penting dalam mendepani cabaran penyakit tidak berjangkit yang semakin memerlukan perhatian, selain memperkukuh peranan klinik kesihatan dan pakar perubatan keluarga.

“Ini bagi menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama dengan kami dalam usaha menangani isu berkaitan penyakit berjangkit menerusi MyChampion Kombi dan program-program lain.

“Selain itu, keutamaan turut diberikan kepada aspek penjagaan kesihatan mental melalui pelaksanaan program K-Mindset yang melibatkan ketua-ketua komuniti sebagai penggerak utama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Kebangsaan 2026, di Ayer Keroh, Melaka, pada 1 November baru-baru ini. 

Inisiatif berkenaan merupakan sebahagian pendekatan keseluruhan komuniti yang menggalakkan penglibatan pelbagai agensi termasuk kerajaan sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong gaya hidup sihat.

Pada majlis itu, seramai 19 sukarelawan Ejen Kesihatan Komuniti Malaysia (MyCHAMPION) menerima geran berjumlah lebih RM834,000.

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Blackmores Perkenal Multivitamin Dengan Habbatus Sauda, Formulasi

by VOKALIS 05/11/2026 2

BLACKMORES Malaysia memperkenalkan multivitamin terbaharunya yang mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral serta habbatus

Semasa

‘Nak Defend Pun Berakal Sikit’, Neow Choo

by VOKALIS 05/11/2026 3

Isu banjir kilat yang semakin kerap berlaku di Selangor mengundang perhatian Ketua Penerangan Pemuda

Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih,

by VOKALIS 03/11/2026 20

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.