Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Titah Agong Jelas, Pelaksanaan Tahanan Rumah Najib Perlu Dihormati – Istana Negara
 Titah Agong Jelas, Pelaksanaan Tahanan Rumah Najib Perlu Dihormati – Istana Negara
Semasa

Titah Agong Jelas, Pelaksanaan Tahanan Rumah Najib Perlu Dihormati – Istana Negara

by VOKALIS 07/11/2026 13

Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pelaksanaan hukuman tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan jelas dan tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan tafsiran.

Menerusi kenyataan Istana Negara bertarikh 7 November 2026, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Najib pada 18 September 2026, di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan itu turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara sebelum memberikan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan itu, Seri Paduka Baginda telah memerintahkan supaya Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.

“Perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau,” menurut kenyataan itu.

Istana Negara turut menegaskan bahawa tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran sehingga menyebabkan ketidakpastian berpanjangan berhubung pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.

“Kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan menegaskan pelaksanaan kuasa pengampunan hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Istana Negara turut menyatakan bahawa semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi.

“Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong,” menurut kenyataan itu.

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Peguam Negara mohon menghadap Agong berhubung titah

by VOKALIS 07/11/2026 15

Peguam Negara memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyatakan pendirian

Selebriti

Kris Dayanti sampaikan salam Megawati kepada Dr

by VOKALIS 07/11/2026 17

PENYANYI popular dan ahli politik Indonesia, Kris Dayanti meluahkan rasa terharu dan penghargaan atas

Semasa

Pemuda UMNO desak titah tahanan rumah Najib

by VOKALIS 07/11/2026 20

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa supaya titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan baki hukuman

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.