Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Pemuda UMNO desak titah tahanan rumah Najib dilaksanakan segera
 Pemuda UMNO desak titah tahanan rumah Najib dilaksanakan segera
Datuk Dr Akmal Saleh
Semasa

Pemuda UMNO desak titah tahanan rumah Najib dilaksanakan segera

by VOKALIS 07/11/2026 20

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa supaya titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan baki hukuman Datuk Seri Najib Razak secara tahanan di rumah dilaksanakan segera tanpa sebarang penangguhan.

Ketuanya, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, titah Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim bertarikh 7 November 2026 berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri itu jelas dan tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan tafsiran.

“Titah Seri Paduka Baginda amat jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti. Perintah pengampunan bersyarat tersebut juga tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Akmal, semua syarat berkaitan telah dipenuhi sepenuhnya pada 6 November lalu, termasuk pembayaran denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah Tinggi turut mengeluarkan perintah termeterai bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, manakala Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan kediaman beliau sebagai penjara mengikut Seksyen 3 Akta Penjara 1995.

“Ini bukan pembebasan. Ia adalah pelaksanaan titah, iaitu baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah sebagaimana yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 18 September 2026 telah dihadiri Peguam Negara yang memberikan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Datuk Dr Akmal Saleh

Justeru, katanya, sebarang persoalan berkaitan tafsiran perintah itu sepatutnya dibangkitkan ketika mesyuarat berkenaan dan bukannya selepas semua syarat dipenuhi serta perintah mahkamah dikeluarkan.

Akmal turut membantah tindakan pihak tertentu yang masih mengaitkan perintah pengampunan itu dengan kes lain, sedangkan titah Yang di-Pertuan Agong telah menjelaskan perkara berkenaan.

“Sebarang proses lanjut, termasuk rujukan ke mahkamah, tidak wajar dijadikan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan titah yang telah dinyatakan oleh Seri Paduka Baginda sebagai jelas dan tanpa ambiguiti,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Pemuda UMNO di semua peringkat negeri dan bahagian akan membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa meneliti kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang dalam pelaksanaan titah dan perintah mahkamah tersebut.

Beliau turut mengingatkan bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang perlu dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong serta mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan,” katanya. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Peguam Negara mohon menghadap Agong berhubung titah

by VOKALIS 07/11/2026 14

Peguam Negara memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyatakan pendirian

Selebriti

Kris Dayanti sampaikan salam Megawati kepada Dr

by VOKALIS 07/11/2026 16

PENYANYI popular dan ahli politik Indonesia, Kris Dayanti meluahkan rasa terharu dan penghargaan atas

Semasa

Titah Agong Jelas, Pelaksanaan Tahanan Rumah Najib

by VOKALIS 07/11/2026 12

Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pelaksanaan hukuman tahanan di rumah terhadap bekas

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.