Najib jalani tahanan rumah hingga Ogos 2028, pulang ke rumah hari ini
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperintahkan menjalani baki hukuman penjara bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur, berkuat kuasa serta-merta.
Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi hari ini menerusi keputusan yang membolehkan Najib menjalani baki hukumannya sehingga Ogos 2028 di bawah kaedah tahanan rumah.
Najib yang kelihatan ceria selepas keputusan berkenaan turut meluahkan rasa syukur menerusi satu hantaran di Facebook.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.
Keputusan itu sekali gus membolehkan bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan menjalani baki hukuman di kediamannya tanpa perlu terus berada di Penjara Kajang. – THE VOKAL