Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
Selebriti Semasa
by VOKALIS 13/11/2026 7

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Polis Negara (KPN), Tan Sri Mohd Khalid Ismail menziarahi anggota polis yang cedera parah selepas ditetak menggunakan parang dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri, Kepong, Selangor, semalam.

Lawatan kebajikan itu diadakan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam bagi meninjau keadaan kesihatan Lans Koperal Theirry Rodger Pendy, 26, yang kini sedang menerima rawatan selepas mengalami kecederaan serius dalam insiden berkenaan.

Anggota yang bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu dilaporkan mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus akibat ditetak seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang ketika menjalankan tugas.

Mangsa pada awalnya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke HKL bagi menjalani pembedahan dalam usaha menyambung semula pergelangan tangan kanannya.

Menerusi satu kenyataan di Facebook Polis Selangor, Saifuddin dan Mohd Khalid turut menzahirkan keprihatinan terhadap keadaan anggota berkenaan selain memberikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada mangsa dan keluarganya.

Lawatan itu turut disertai Ketua Polis Selangor, Datuk Pahlawan Shazeli Kahar serta beberapa pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Antara yang hadir ialah Timbalan Pengarah Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Suryani Sungit serta Setiausaha Polis Malaysia, Mohammad Mashdik Yahya.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Sazalee Adam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ahmad Azwan Amin Nordin dan Ketua Polis Daerah Gombak, Ibrahim Husin. – THE VOKALĀ 

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Selepas pembedahan tujuh jam, anggota polis ditetak

by VOKALIS 13/11/2026 58

Anggota polis, Lans Koperal Thierry Rodger Fendy, 26, yang putus pergelangan tangan kanan akibat

Semasa

Saifuddin, KPN ziarah anggota polis putus pergelangan

by VOKALIS 13/11/2026 10

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Polis Negara (KPN), Tan Sri

Semasa

Zahid teruja sambutan luar biasa anak muda

by VOKALIS 13/11/2026 29

Sambutan luar biasa golongan muda terhadap dunia sukan elektronik (esports) di Melaka mencuri perhatian

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.