Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Zahid teruja sambutan luar biasa anak muda terhadap Jelajah Esports Melaka Biru
 Zahid teruja sambutan luar biasa anak muda terhadap Jelajah Esports Melaka Biru
Semasa

Zahid teruja sambutan luar biasa anak muda terhadap Jelajah Esports Melaka Biru

by VOKALIS 13/11/2026 29

Sambutan luar biasa golongan muda terhadap dunia sukan elektronik (esports) di Melaka mencuri perhatian apabila lebih 4,000 penyertaan direkodkan sepanjang penganjuran Jelajah Esports Melaka Biru 2026.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah penyertaan itu membuktikan minat generasi muda terhadap esports semakin berkembang, sekali gus memperlihatkan potensi besar bidang berkenaan dalam kalangan anak muda negeri itu.

Menurutnya, beliau cukup teruja melihat semangat dan sambutan yang diberikan golongan muda sepanjang jelajah berkenaan yang berlangsung dari satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke DUN lain.

Menerusi perkongsian di Facebook, Zahid berkata, program yang melabuhkan tirainya di Merlimau malam tadi turut memberi peluang kepadanya beramah mesra serta mendekati golongan muda.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan, khususnya peserta yang memberikan sokongan sepanjang penganjurannya.

Dalam perkongsian sama, Zahid turut menyentuh kemesraan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh ketika berinteraksi dengan golongan muda sepanjang program tersebut.

“Insya-Allah. Kalau beginilah semangatnya, saya yakin anak-anak muda di negeri Melaka ini akan terus bersama-sama kita dalam arus ‘Gelombang Biru’, demi memastikan kegemilangan negeri yang kita cintai ini terus dipertahankan,” katanya.

Beliau turut menyifatkan anak muda Melaka mempunyai keistimewaan tersendiri menerusi semangat dan sokongan yang ditunjukkan sepanjang penganjuran jelajah berkenaan. – THE VOKAL 

 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Selepas pembedahan tujuh jam, anggota polis ditetak

by VOKALIS 13/11/2026 57

Anggota polis, Lans Koperal Thierry Rodger Fendy, 26, yang putus pergelangan tangan kanan akibat

Semasa

Saifuddin, KPN ziarah anggota polis putus pergelangan

by VOKALIS 13/11/2026 9

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Polis Negara (KPN), Tan Sri

Selebriti Semasa

by VOKALIS 13/11/2026 5

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Polis Negara (KPN), Tan Sri

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.