Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. ‘Jaga saliran elak banjir lebih buruk, patuh arahan pihak berkuasa’ – Bomba Bentong
 ‘Jaga saliran elak banjir lebih buruk, patuh arahan pihak berkuasa’ – Bomba Bentong
Semasa

‘Jaga saliran elak banjir lebih buruk, patuh arahan pihak berkuasa’ – Bomba Bentong

by VOKALIS 20/11/2026 31

KEADAAN persekitaran kediaman yang tidak diselenggara dengan baik, termasuk saliran tersumbat, boleh menambah risiko masalah aliran air ketika hujan lebat sehingga penduduk perlu mengambil langkah pencegahan sebelum banjir berlaku.

Sehubungan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Pahang mengingatkan masyarakat supaya memberi perhatian terhadap aspek keselamatan persekitaran selain membuat persediaan menghadapi kemungkinan bencana banjir.

Menerusi perkongsian di Facebook, balai bomba berkenaan menyenaraikan tujuh langkah kesiapsiagaan yang wajar diamalkan orang ramai, termasuk memastikan sistem saliran tidak tersumbat dan mengenal pasti kawasan yang berisiko dinaiki air.

Penduduk juga disaran tidak mengambil mudah perkembangan cuaca, sebaliknya sentiasa memantau maklumat terkini bagi mengetahui kemungkinan hujan lebat atau keadaan yang boleh mencetuskan banjir.

Ketua BBP Bentong, Syed Moshen T. Ismail

Persediaan lain termasuk menyediakan kit kecemasan, memindahkan barangan berharga ke kawasan lebih tinggi serta mengenal pasti laluan keselamatan sekiranya pemindahan perlu dilakukan.

Ketua BBP Bentong, Syed Moshen T. Ismail berkata, pihaknya sentiasa memastikan segala tindakan dapat dilaksanakan dengan teratur. 

“Orang ramai turut diminta mematuhi arahan pihak berkuasa dan anggota bomba ketika berdepan situasi kecemasan.

“Ingin saya tegaskan di sini, tindakan awal tidak seharusnya dipandang ringan kerana persediaan sebelum bencana mampu membantu mengurangkan risiko terhadap keselamatan keluarga dan harta benda.

“Jangan tunggu air naik baru hendak bertindak. Bersedia lebih awal, lindungi keluarga tersayang,” katanya. 

 

Untuk sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Bentong menerusi talian 09-222 4444 atau talian kecemasan 999. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Emo belum mati! Hari pertama konsert MCR

by VOKALIS 20/11/2026 12

ZAMAN emo yang pernah mencorakkan identiti muzik generasi muda sekitar awal 2000-an kembali menguasai

Semasa

Capchem rancang kilang kedua di Kulim, tiga

by VOKALIS 19/11/2026 35

KULIM Hi-Tech Park, Kedah berpotensi menyaksikan peluasan operasi industri teknologi tinggi apabila syarikat China,

Semasa

Pelancong kini boleh nikmati transaksi tanpa tunai

by VOKALIS 19/11/2026 37

PELANCONG  antarabangsa yang berkunjung ke Malaysia kini mempunyai pilihan baharu untuk menguruskan perbelanjaan sepanjang

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.