Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Tidak mahu tergesa-gesa… Haiza ada sebab simpan Pencuri
 Tidak mahu tergesa-gesa… Haiza ada sebab simpan Pencuri
Selebriti

Tidak mahu tergesa-gesa… Haiza ada sebab simpan Pencuri

by VOKALIS 20/11/2026 48

ISTIMEWA buat peminat, penyanyi Haiza tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan single terbaharunya, Pencuri yang menggabungkan elemen pop-elektronik dan dangdut moden atau hipdut.

Lebih istimewa, lagu ciptaan Aepul Roza itu bukanlah karya baharu sepenuhnya kerana sudah dirakam sejak 2017, namun hanya menemui pendengar secara rasmi pada 2026.

Haiza berkata, lagu berkenaan tercetus selepas dia meminta Aepul menghasilkan sebuah karya baharu ketika mereka bekerjasama menerusi program Duo Star terbitan Astro.

Bagaimanapun, pelancaran lagu itu terpaksa ditangguhkan berikutan komitmen terhadap projek lain sebelum pandemik Covid-19 turut menjejaskan perancangan asal.

Selepas beberapa kali meneliti semula karya berkenaan, Haiza merasakan tahun ini merupakan waktu terbaik untuk memperkenalkan lagu yang disifatkannya lebih santai dan berbeza daripada kebiasaan.

“Pada asalnya lagu ini tidak mempunyai tajuk. Selepas mendengarnya berkali-kali, saya merasakan Pencuri paling sesuai.

“Saya mahu tampil dengan naskhah lebih santai, tidak tergesa-gesa dan tidak membuatkan pendengar penat ketika menghayatinya,” katanya.

Menariknya, proses rakaman lagu itu hanya mengambil masa kurang tiga jam untuk diselesaikan.

Bagaimanapun, Haiza mengakui cabaran utama adalah memastikan sebutan lirik lebih jelas memandangkan dirinya sudah terbiasa menyanyikan lagu rancak.

Malah, Aepul turut memberikan perhatian terhadap setiap perkataan supaya penyampaian vokal Haiza benar-benar menepati kehendak lagu.

Bagi Aepul, Pencuri merupakan antara eksperimen muziknya ketika 2017 apabila cuba menggabungkan bunyi pop moden dengan elemen dangdut yang ketika itu belum begitu mendapat perhatian.

Proses penulisan lagu mengambil masa tujuh hari dengan tiga draf melodi berbeza dihasilkan, sebelum diteruskan dengan praproduksi selama tiga hari dan rakaman akhir selama lima hari.

Katanya, cabaran terbesar adalah memastikan gabungan genre berkenaan kedengaran segar, namun pada masa sama masih dekat dengan cita rasa pendengar muzik Melayu.

Pencuri berkisarkan seorang wanita yang jatuh cinta pandang pertama sehingga hatinya dicuri dan perasaannya menjadi tidak keruan.

Bukan sekadar menawarkan kelainan dari segi muzik, lagu itu turut hadir dengan jalan cerita tersendiri menerusi muzik video yang menampilkan pelakon Ropie sebagai hero.

Haiza berkata, pemilihan Ropie dibuat kerana mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain selain kagum dengan sikap profesional pelakon berkenaan sepanjang penggambaran.

Muzik video itu juga membawa penonton menyelusuri kisah awal perkenalan watak berkenaan sebelum kejadian yang dipaparkan dalam muzik video Young & Gentleman.

“Konsepnya ialah ‘Siapa Dia Sebelum Dia’. Pencuri menjadi episod pertama yang menceritakan bagaimana semuanya bermula,” katanya yang juga penyampai radio Kool FM.

Haiza berharap karya berkenaan mendapat sambutan baik dan mampu dinikmati peminat daripada pelbagai lapisan usia.

Pencuri kini boleh distrim menerusi platform digital, manakala muzik videonya dilancarkan pada 20 November, jam 3 petang menerusi YouTube Indigital Music. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

10,000 Rohingya bakal ditempatkan di Türkiye

by VOKALIS 20/11/2026 34

PELUANG membina kehidupan baharu di negara ketiga bakal menjadi kenyataan kepada 10,000 pelarian Rohingya

Semasa

‘Jaga saliran elak banjir lebih buruk, patuh

by VOKALIS 20/11/2026 39

KEADAAN persekitaran kediaman yang tidak diselenggara dengan baik, termasuk saliran tersumbat, boleh menambah risiko

Selebriti

Emo belum mati! Hari pertama konsert MCR

by VOKALIS 20/11/2026 45

ZAMAN emo yang pernah mencorakkan identiti muzik generasi muda sekitar awal 2000-an kembali menguasai

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.