Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Projek mendalamkan Sungai Benut dijangka bermula suku ketiga 2027
 Projek mendalamkan Sungai Benut dijangka bermula suku ketiga 2027
Semasa

Projek mendalamkan Sungai Benut dijangka bermula suku ketiga 2027

by VOKALIS 27/11/2026 34

PROJEK mendalamkan Sungai Benut bagi menangani masalah banjir yang melibatkan kawasan Tanjong dan Bandar Benut di Pontian, Johor, dijangka memulakan kerja fizikal pada suku ketiga 2027.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelantikan perunding oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi melaksanakan perkhidmatan berkaitan projek itu sudah dibuat.

Menurutnya, pihak perunding turut mengadakan lawatan tapak minggu lalu dengan Tanjong Benut antara lokasi yang diberikan perhatian.

“Perunding sudah pun dilantik oleh PETRA untuk memulakan perkhidmatan. Minggu lepas mereka ada hadir untuk lawatan tapak dan salah satu tempat yang dibawa adalah ke Tanjong Benut,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, dalam lawatan itu, pihaknya turut meminta supaya elemen meninggikan ban atau tembok di sekitar pekan Tanjong dimasukkan dalam perancangan bagi melindungi kawasan berkenaan daripada banjir kilat ketika air pasang besar.

Ahmad berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada perunding, kerja-kerja fizikal mendalamkan Sungai Benut berkemungkinan dimulakan pada suku ketiga 2027.

Projek berkenaan dijangka memberi manfaat kepada penduduk di kawasan kampung sepanjang Sungai Benut, selain penduduk Tanjong dan Bandar Benut yang berdepan risiko banjir.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan perbincangan bersama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diadakan beberapa bulan lalu bagi membincangkan isu berkenaan.

Beliau turut memaklumkan dua projek pembinaan jambatan di Permatang Sepam dan Parit Rambai sudah mendapat kelulusan hasil permohonan yang dikemukakan sebelum ini kepada Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri PETRA.

Pelaksanaan kedua-dua projek jambatan itu kini sedang dimulakan. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

RM714,000 disalur kepada waris mangsa tragedi Nepal…

by VOKALIS 27/11/2026 31

SEBANYAK  RM714,000 disalurkan Kerajaan MADANI kepada keluarga rakyat Malaysia yang terjejas akibat tragedi banjir

Semasa

Gagal kekalkan tanda nama kapal, bot tunda

by VOKALIS 27/11/2026 28

KEGAGALAN mengekalkan tanda nama kapal mengundang padah apabila sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan

Semasa

‘Jangan hanya tangkap orang tengah, bongkar dalang

by VOKALIS 27/11/2026 40

DEWAN Pemuda PAS Malaysia menggesa kerajaan membongkar dalang utama sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah,

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.