Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Gagal kekalkan tanda nama kapal, bot tunda ditahan Maritim Malaysia
 Gagal kekalkan tanda nama kapal, bot tunda ditahan Maritim Malaysia
Semasa

Gagal kekalkan tanda nama kapal, bot tunda ditahan Maritim Malaysia

by VOKALIS 27/11/2026 27

KEGAGALAN mengekalkan tanda nama kapal mengundang padah apabila sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Tanjung Kidurong, Bintulu, Sarawak, kira-kira 3.2 batu nautika barat laut kawasan berkenaan, petang Khamis. 

Bot tunda itu ditahan pada pukul 6.38 petang ketika bot peronda Maritim Malaysia melaksanakan rondaan menerusi Op Permai 01/2019 dan Op Tiris 4.0.

Pengarah Maritim Zon Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan tujuh kru membabitkan lima warga Indonesia termasuk nakhoda serta seorang warga Myanmar.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot tunda itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18(5), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO 1952) kerana gagal mengekalkan tanda nama kapal.

“Bot tunda bersama kesemua kru telah ditahan dan dibawa untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 

Dalam perkembangan sama, Maritim Malaysia mengingatkan semua komuniti maritim supaya tidak mengambil mudah pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang perkapalan yang ditetapkan.

Langkah itu penting bagi memastikan keselamatan serta ketertiban aktiviti perkapalan di perairan negara sentiasa terpelihara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan atau insiden kecemasan di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Bintulu di talian 086-314 254, Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432 544) atau talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

RM714,000 disalur kepada waris mangsa tragedi Nepal…

by VOKALIS 27/11/2026 29

SEBANYAK  RM714,000 disalurkan Kerajaan MADANI kepada keluarga rakyat Malaysia yang terjejas akibat tragedi banjir

Semasa

‘Jangan hanya tangkap orang tengah, bongkar dalang

by VOKALIS 27/11/2026 38

DEWAN Pemuda PAS Malaysia menggesa kerajaan membongkar dalang utama sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah,

Semasa

Projek mendalamkan Sungai Benut dijangka bermula suku

by VOKALIS 27/11/2026 32

PROJEK mendalamkan Sungai Benut bagi menangani masalah banjir yang melibatkan kawasan Tanjong dan Bandar

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.