Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. RM714,000 disalur kepada waris mangsa tragedi Nepal… Kerajaan MADANI terus prihatin
 RM714,000 disalur kepada waris mangsa tragedi Nepal… Kerajaan MADANI terus prihatin
Semasa

RM714,000 disalur kepada waris mangsa tragedi Nepal… Kerajaan MADANI terus prihatin

by VOKALIS 27/11/2026 31

SEBANYAK  RM714,000 disalurkan Kerajaan MADANI kepada keluarga rakyat Malaysia yang terjejas akibat tragedi banjir dan tanah runtuh di Nepal pada 26 Ogos lalu, termasuk waris 54 mangsa yang kehilangan ahli keluarga dalam bencana berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, bantuan itu merangkumi bantuan khas Kerajaan Persekutuan berjumlah RM540,000 serta faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM174,000.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, bantuan itu merangkumi bantuan khas Kerajaan Persekutuan berjumlah RM540,000 serta faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM174,000.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, bantuan itu merangkumi bantuan khas Kerajaan Persekutuan berjumlah RM540,000 serta faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebanyak RM174,000.

Menerusi bantuan khas yang diluluskan Jemaah Menteri, waris kepada setiap seorang daripada 54 mangsa menerima RM10,000 secara sekali beri atau one-off, manakala butiran pelaksanaannya diselaraskan dengan Kementerian Kewangan (MOF).

Menurut beliau, sebanyak RM174,000 pula telah disalurkan PERKESO kepada 28 keluarga mangsa yang memenuhi syarat kelayakan sebagai pencarum.

“Bantuan ini merangkumi bayaran kewangan segera sebanyak RM3,000 bagi setiap keluarga serta faedah Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan, tertakluk kepada kelengkapan dokumen dan proses pengesahan kelayakan.

“Kerajaan memahami kesedihan dan kesukaran yang ditanggung keluarga mangsa, justeru bantuan berkenaan diharap dapat memberikan sedikit kelegaan kepada mereka yang terkesan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun bantuan kewangan itu tidak mampu menggantikan kehilangan insan tersayang, kerajaan akan terus memberikan perhatian terhadap kebajikan waris serta memastikan bantuan yang layak diterima disalurkan kepada penerima.

Tragedi berkenaan berlaku apabila runtuhan ais dan batuan glasier berhampiran Sungai Lhende di wilayah Tibet, China, mencetuskan aliran banjir besar yang melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet sebelum merebak ke beberapa kawasan di Nepal, termasuk Daerah Rasuwa.

Bencana itu menyebabkan kemusnahan kediaman, infrastruktur dan laluan perhubungan, selain mengganggu operasi mencari dan menyelamat.

Dalam perkembangan awal insiden, seramai 55 rakyat Malaysia dilaporkan gagal dihubungi, sebelum proses pengesahan dan penyelarasan bantuan dilaksanakan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bawah kepimpinan Ramanan akan terus menyelaras tindakan susulan berkaitan kebajikan keluarga mangsa, termasuk memastikan proses penyaluran bantuan dan faedah PERKESO berjalan lancar.

Kerjasama turut dilaksanakan bersama agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan waris yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan sewajarnya. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Gagal kekalkan tanda nama kapal, bot tunda

by VOKALIS 27/11/2026 28

KEGAGALAN mengekalkan tanda nama kapal mengundang padah apabila sebuah bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan

Semasa

‘Jangan hanya tangkap orang tengah, bongkar dalang

by VOKALIS 27/11/2026 39

DEWAN Pemuda PAS Malaysia menggesa kerajaan membongkar dalang utama sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah,

Semasa

Projek mendalamkan Sungai Benut dijangka bermula suku

by VOKALIS 27/11/2026 32

PROJEK mendalamkan Sungai Benut bagi menangani masalah banjir yang melibatkan kawasan Tanjong dan Bandar

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.