Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Aaron Aziz terus komited dalam misi kemanusiaan hingga ke luar negara
 Aaron Aziz terus komited dalam misi kemanusiaan hingga ke luar negara
Selebriti

Aaron Aziz terus komited dalam misi kemanusiaan hingga ke luar negara

by thevokal 09/10/2025 106

DALAM dunia hiburan yang sering dihujani pelbagai persepsi, pelakon dan pengarah terkenal Datuk Aaron Aziz memilih untuk terus melangkah dengan tenang bukan dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan yang memberi makna.

Di sebalik populariti dan karier seni yang cemerlang, pelakon filem KL Gangster ini tidak pernah mengetepikan tanggungjawab sosialnya terhadap masyarakat.

Sejak beberapa tahun lalu, beliau aktif menjalankan pelbagai kerja kebajikan dan kemanusiaan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Menurut perkongsian daripada Charitable Association of Cambodian Islamic Graduates (CACIG), hubungan kerjasama dengan Aaron yang bermula pada 2020 telah membawa impak besar kepada komuniti di Kemboja.

“Alhamdulillah, CACIG pernah bekerjasama dengan Datuk Aaron Aziz dalam program kebajikan sejak tahun 2020.

“Atas kerjasama dan bantuan beliau, kami dapat menyalurkan sumbangan daripada penderma Malaysia dan Singapura untuk membantu anak-anak yatim, fakir miskin dan nelayan di Kemboja,” ujar wakil CACIG dalam kenyataan di Facebook rasmi mereka.

Hasil daripada sokongan berterusan pelakon filem Ombak Rindu itu juga, CACIG berjaya melaksanakan pelbagai projek kebajikan termasuk pembinaan rumah wakaf, madrasah, penyediaan sampan, bekalan makanan dan sumber air minum untuk nelayan yang memerlukan.

“Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama dan bantuan daripada Datuk Aaron Aziz serta seluruh ahli keluarga, rakan-rakan dan semua penderma yang dermawan. Hanya Allah jua dapat membalas jasa baik kalian semua. Jazakumullah khairan,” ujar kenyataan itu lagi.

Selain kerja kebajikan di luar negara, bapa kepads tiga cahaya mata ini turut aktif membantu masyarakat di dalam negara, terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu pandemik COVID-19.

Ketika ramai terjejas, beliau antara individu yang tampil menghulurkan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan, tanpa sebarang publisiti besar.

Perkara itu turut dikongsi beberapa pihak yang memaklumkan Aaron juga menghantar bantuan ke beberapa lokasi di negeri Sabah, Pahang, Perlis, Kedah, Johor dan Selangor. Ia juga termasuk bantuan kepada mangsa banjir.

Tidak cukup dengan itu, tahun lalu Aaron juga pernah terbabit dalam program Malaysia4Palestin yang dianjurkan pihak Astro.

Progran ini adalah inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14

by thevokal 04/12/2025 20

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling

Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 88

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 25

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.