Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Retrospektif Showcase: Afgan mahu lebih kasual, intim bersama peminat 
 Retrospektif Showcase: Afgan mahu lebih kasual, intim bersama peminat 
Selebriti

Retrospektif Showcase: Afgan mahu lebih kasual, intim bersama peminat 

by thevokal 09/10/2025 166

PENYANYI tersohor Indonesia, Afgan, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi showcase istimewa berjudul Afgan Retrospektif Showcase yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

Showcase ini bertepatan dengan pelancaran album terbaharu Afgan yang turut diberi judul Retrospektif. Menurut Afgan, judul itu dipilih kerana ia mencerminkan perjalanan hidup dan kerjayanya sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

 

“Makna Retrospektif bagi saya adalah momen untuk melihat kembali apa yang sudah terjadi di masa lalu, menjadikannya bahan pelajaran untuk terus berkembang sebagai manusia yang lebih baik.

“Album baharu ini benar-benar mewakili idea itu. Saya melihat kembali perjalanan hidup saya beberapa bulan terakhir, belajar daripada peningkatan yang terjadi, dan akhirnya lahirlah album ini,” katanya.

Album Retrospektif juga membawa nilai sentimental buat penyanyi berusia 36 tahun ini kerana ia merupakan album penuh berbahasa Indonesia pertama yang dilancarkannya selepas tujuh tahun.

“Album ini ibaratnya saya kembali ke genre yang telah membesarkan nama saya, iaitu Indonesian Pop. Sudah lama saya tidak menghasilkan karya seperti ini. Jadi, Retrospektif terasa sangat tepat sebagai judul dan sebagai sebuah titik balik dalam kerjaya saya,” jelasnya.

Mengulas mengenai pemilihan Malaysia sebagai lokasi persembahan, Afgan berkata Kuala Lumpur sudah menjadi rumah keduanya.

“Selain di Indonesia, Malaysia memang sangat istimewa buat saya. Sokongan peminat di sini luar biasa dan saya ingin mereka turut merasai perjalanan baharu saya melalui album ini. Itu sebabnya saya mahu mengadakan showcase di Malaysia.

“Saya sangat teruja untuk berkongsi lagu-lagu baharu secara langsung buat pertama kali di sini,” ujarnya lagi.

Afgan turut menjelaskan bahawa Zepp Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi kerana sesuai dengan konsep muzik yang ingin diketengahkan.

“Kali ini saya ingin suasana yang lebih kasual dan intim. Muzik dalam album ini lebih organik dan ‘raw’, jadi saya rasa Zepp adalah tempat yang sangat tepat untuk menghadirkan pengalaman muzik itu secara jujur dan dekat dengan peminat,” katanya.

Menerusi showcase itu, Afgan bakal mempersembahkan lagu-lagu baharu daripada album Retrospektif dengan susunan muzik asal, agar peminat di Malaysia dapat menikmati pengalaman pertama mendengarnya secara langsung selain rangkaian lagu popularnya yang lain.

“Insya-Allah saya akan memberikan persembahan terbaik. Saya mahu setiap lagu ini memberi makna dan memori tersendiri kepada peminat di Malaysia kerana ia adalah kali pertama mereka mendengar karya ini secara langsung.

“Saya sangat menghargai bahawa perjalanan muzik saya telah menjadi sebahagian daripada kisah hidup peminat di sini, sama ada di saat bahagia atau saat sedih.

“Apa yang paling berharga adalah ketika lagu-lagu saya mampu memberi kekuatan untuk peminat menghadapi kehidupan dengan penuh optimis dan positif. Itu adalah penghargaan terbesar buat saya,” katanya.

Penganjur Retrospektif Showcase Afgan iaitu Renjana Idea, turut menyatakan rasa bangga dapat membawa Afgan kembali ke pentas Malaysia.

“Showcase Afgan Retrospektif ini sangat istimewa kerana ia bukan sekadar persembahan, tetapi juga sebuah refleksi perjalanan seni Afgan yang dekat di hati peminatnya.

“Kami yakin konsert ini akan memberi pengalaman yang penuh emosi dan bermakna, terutama buat peminat setia di Malaysia,” kata wakil Renjana Idea.

Tiket Afgan Retrospektif Showcase akan sudah dijual bermula 1 Oktober lalu di https://www.golive-asia.com/ https://www.golive-asia.com/

Tiket berharga RM1,398 (VIP Box); RM798 (Premium Seat); RM698 (Normal Seat); RM398 (VIP Standing) dan RM358 (General Standing).

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, peminat boleh melayari laman sosial rasmi Renjana Idea atau mengikuti perkembangan terkini melalui laman media sosial rasmi penganjur. – THE VOKAL

 

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 13

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 28

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 61

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.