Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Abang Belacan Dituduh Membunuh – Angkara Lelaki Bercinta Dengan Isteri
 Abang Belacan Dituduh Membunuh – Angkara Lelaki Bercinta Dengan Isteri
Semasa

Abang Belacan Dituduh Membunuh – Angkara Lelaki Bercinta Dengan Isteri

by VOKALIS 18/04/2024 545

Seorang lelaki yang bekerja dikilang belacan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan, Perak atas tuduhan membunuh kekasih kepada isterinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, D Tanabalan, 42, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret T Ashvinii.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Memetik laporan Harian Metro, mengikut pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa membunuh S Sundararaj, 32, di tepi Jalan Taman Dato’ Nazri Langkap, di sini, jam 6.30 petang, 5 April lalu.

Oleh yang demikian, lelaki itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 15 Mei depan sebagai sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengganggu isteri tertuduh. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Koleksi Raya 2026 Rizman Ruzaini Menyulam Warisan

by thevokal 09/02/2026 9

Sempena meraikan dua dekad perjalanan kreatifnya, Rizman Ruzaini memilih pendekatan yang lebih mendalam dan

Selebriti

Along Eyzendy Meninggal Dunia

by thevokal 08/02/2026 25

Pelakon, Along Eyzendy dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 12.16 pagi Ahad selepas tiga

Santai Selebriti

Lebih 300,000 Busana Raya… Ariani Perkenal Warna

by thevokal 31/01/2026 58

Jenama fesyen Muslimah terkemuka, Ariani, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tempatan menerusi

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.