Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Afgan kembali dengan album Retrospektif… Pengakuan Paling Jujur Dalam Kariernya Setelah 7 Tahun ‘Hilang’
 Afgan kembali dengan album Retrospektif… Pengakuan Paling Jujur Dalam Kariernya Setelah 7 Tahun ‘Hilang’
Selebriti

Afgan kembali dengan album Retrospektif… Pengakuan Paling Jujur Dalam Kariernya Setelah 7 Tahun ‘Hilang’

by thevokal 03/12/2025 104

SETELAH tujuh tahun sunyi tanpa album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan membuat kemunculan paling berani dalam kariernya menerusi karya baharu bertajuk Retrospektif iaitu  sebuah projek yang disifatkan peminat sebagai era pengakuan paling jujur Afgan.

Album ketujuh ini bukan sekadar kemunculan semula, tetapi pengakuan terbuka tentang perjalanan jatuh bangun, pencarian identiti, dan detik Afgan menemui kembali suara dirinya yang paling tulus.

Menurut Afgan, Retrospektif lahir daripada momen beliau kembali melihat ke belakang, bukan untuk bernostalgia, tetapi untuk memahami siapa dirinya hari ini.

“Album ini bukan sekadar menoleh ke masa lalu, tetapi cara saya memahami perjalanan yang membentuk diri — sebagai manusia dan sebagai pemuzik,” kata Afgan.

“Selepas bertahun mencuba pelbagai genre dan eksperimen, saya sedar akar yang mendewasakan saya masih di sini… dan saya kembali dengan hati yang lebih matang dan jujur, ” katanya.

 

Dengan sepuluh lagu yang menggabungkan DNA pop dan R&B yang sinonim dengannya, Afgan menyajikan produksi yang lebih organik, hangat dan intim, menjadikan album ini antara karya paling human dan raw pernah dihasilkannya.

​​Retrospektif dihasilkan bersama barisan komposer dan penerbit tersohor Indonesia seperti Petra Sihombing, Muhammad Kamga, Bilal Indrajaya, Iqbal Siregar dan Rendy Pandugo.

Majoriti produksi diterajui Petra Sihombing, yang menyaksikan sendiri transformasi Afgan sepanjang proses penghasilan.

“Tidak ada perancangan besar pun. Tapi saya lihat sendiri bagaimana Afgan perlahan-lahan menemui arah muziknya. Proses itu indah… sebab album ini bukan menunggu inspirasi, tapi mencarinya bersama, “katanya.

Sentuhan jujur daripada pasukan kreatif ini menjadikan Retrospektif bukan sekadar album, tetapi potret kematangan seorang Afgan dalam karier, kehidupan, dan bagaimana beliau belajar menerima perjalanan diri.

​​Retrospektif kini tersedia di semua platform penstriman digital bermula 19 November 2025,.

Album ini dijangka menjadi antara kemunculan terbesar tahun ini dan menandakan bermulanya era Afgan yang lebih jujur, matang dan dekat dengan hati pendengar.

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Santai Selebriti

Makar Fest XL Jadi ‘Titik Temu’ Seni,

by thevokal 19/01/2026 26

Di sebalik kemeriahan muzik, seni dan aktiviti keluarga, Makar Fest XL tampil membawa misi

Selebriti

Tenang, senyum berdepan komen negatif… Siti Nurhaliza

by thevokal 19/01/2026 18

Bukan mudah menjadi figura seni hebat seperti Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila

Selebriti Semasa

Baby Shima titip doa buat Nur Afia

by thevokal 18/01/2026 273

Penyanyi terkenal, Baby Shima, menitipkan doa serta kata-kata semangat buat ibu dan keluarga Nur

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.