Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest Singapura… Siti Khadijah Diserbu!
 UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest Singapura… Siti Khadijah Diserbu!
Selebriti

UTV Raih Sambutan Luar Biasa di Celebfest Singapura… Siti Khadijah Diserbu!

by thevokal 10/03/2026 102

Platform penstriman Over-The-Top (OTT) UTV terus mengorak langkah memperluaskan pengaruhnya di peringkat antarabangsa apabila menerima sambutan meriah daripada pengunjung pada acara Celebfest yang berlangsung baru-baru ini di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre.

Kemunculan UTV pada festival hiburan dan gaya hidup popular itu nyata mencuri perhatian ramai apabila pengunjung berpusu-pusu ke reruai atau ‘booth’ mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform berkenaan yang kini boleh diakses oleh warga Singapura.

Siti Khadijah diserbu peminat

Lebih menarik, aplikasi UTV kini sudah boleh ditonton oleh penonton di republik itu dengan setiap kandungan ditawarkan pada harga serendah SGD3.90 sahaja.

Presiden UTV yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan berkata, sambutan luar biasa yang diterima membuktikan kandungan tempatan Malaysia mempunyai tempat tersendiri dalam kalangan penonton serantau.

Menurutnya, penyertaan UTV di Celebfest menjadi platform penting untuk memperkenalkan jenama serta kandungan eksklusif mereka kepada peminat hiburan Melayu di Singapura.

“Alhamdulillah, kami sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh pengunjung Celebfest. Ramai yang datang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai UTV dan tidak kurang juga yang terus memuat turun aplikasi kami.

“Ini membuktikan kandungan tempatan kita mempunyai peminat tersendiri di Singapura dan kami berharap UTV dapat menjadi platform yang mendekatkan lagi penonton di rantau ini dengan karya-karya berkualiti,” katanya.

Sepanjang festival berlangsung, pengunjung turut berpeluang menyertai sesi ‘meet and greet’ bersama barisan selebriti popular tanah air termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Siti Khadijah Halim, Anna Jobling, Arfie Shah serta Nora Danish.

Namun, antara yang paling mencuri perhatian ialah pelakon muda Siti Khadijah apabila menerima kehadiran peminat paling ramai sehingga ada yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk bergambar bersamanya.

Sesi bertemu peminat bersama Siti Khadijah berlangsung hampir dua jam tanpa henti dengan peminat mula menunggu sejak siang hari bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang bertemu pelakon itu pada waktu malam.

 

Kehadiran Siti Khadijah juga bertujuan mempromosikan drama terbaharu lakonannya, Takdirnya Cinta yang bakal menemui penonton sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini secara eksklusif di platform UTV.

Sambutan luar biasa yang diterima di Celebfest sekali gus memberi isyarat positif kepada UTV dalam usaha memperluaskan pasaran kandungan digital tempatan ke peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan penonton Nusantara. – THE VOKAL

 

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 91

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 100

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 103

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.