Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Afiq Muiz Akhirnya Sah Bercerai, Jatuhkan Talak Satu Terhadap Pachara, Tarik Balik Kes Nusyuz
 Afiq Muiz Akhirnya Sah Bercerai, Jatuhkan Talak Satu Terhadap Pachara, Tarik Balik Kes Nusyuz
Semasa Sensasi

Afiq Muiz Akhirnya Sah Bercerai, Jatuhkan Talak Satu Terhadap Pachara, Tarik Balik Kes Nusyuz

by VOKALIS 19/07/2023 252

KUALA LUMPUR – Pelakon, Afiq Muiz, 31, dan isterinya, Pachara, 32, sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, semalam.

Peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa’at memaklumkan, anak guamnya membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani selepas masing-masing bersetuju menyelesaikannya secara baik.

Afiq ketika tiba di perkarangan mahkamah semalam.

“Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.

“Jadi, Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini.

“Kedua, Afiq bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang,” katanya.

Pachara memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.

Pada masa sama, Mohd Yazit berkata, perbincangan sudah dilakukan antara peguam kedua-dua pihak dan anak guam masing-masing bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan di media sosial.

“Perbincangan pada awalnya hanya dilakukan antara peguam secara bersurat. Kali terakhir perbincangan dilakukan pagi tadi iaitu sebelum memasuki dewan bicara.

Perkahwinan antara Afiq dan Pachara yang terbina sejak 2019 hanya bertahan selama empat tahun.

“Jadi, akhirnya perkara ini dapat diputuskan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian,” katanya.

Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara atau Nur Aaira Mahadeya pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama Air Mata Syurga. – THE VOKAL

Sumber: BERITA HARIAN

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Fattah Fazura Cerai : Nafi Curang, Tak

by VOKALIS 07/10/2024 158

Pelakon, Fattah Amin, 33, menafikan dakwaan dia berlaku curang menerusi pendedahan yang dibuat bekas

Selebriti Semasa

Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada

by VOKALIS 07/10/2024 170

Pengabaian nafkah, tiada persefahaman dan curang. Ini tiga sebab yang didakwa pelakon, Nur Fazura,

Selebriti Semasa Sensasi

“Kamu Pendakwah…” – Hakim Sifatkan Tindakan Rogol

by VOKALIS 30/08/2024 200

Sebagai seorang pendakwah, kesalahan rogol yang dilakukan oleh selebriti, Da’i Syed disifatkan tidak dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.