THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Gelombang Tsumawi Telah Memahat Sejarah Hiburan Negara – “Aura Mawi World Memang Luar Biasa!”
 Gelombang Tsumawi Telah Memahat Sejarah Hiburan Negara – “Aura Mawi World Memang Luar Biasa!”
Selebriti Sohor

Gelombang Tsumawi Telah Memahat Sejarah Hiburan Negara – “Aura Mawi World Memang Luar Biasa!”

by VOKALIS 19/07/2023 449

KUALA LUMPUR – Nama penyanyi, pelakon dan penyampai radio terkenal, Mawi tiba-tiba menjadi sohor kini di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Seorang pengguan Twitter bernama Afiq Shari baru-baru ini berkongsi foto anak kelahiran Kulai, Johor itu menerusi ciapannya dan ia telah dilihat sebanyak 5.5 juta kali oleh warga maya.

“Budak zaman sekarang takkan tahu betapa fenomenanya Mawi pada suatu masa dahulu,” memetik ciapan dimuatnaiknya.

Mawi saat dinobatkan selaku juara AF3 di sisi Pak Nil sebagai pengacara.

Lantaran perkongsian tersebut, ia sekali gus menarik minat pelayar media sosial lain untuk turut berkongsi perasaan dan pengalaman mereka tatkala berdepan dengan satu fenomena yang digelar ‘Gelombang Tsumawi‘.

Tambah menarik, Mawi atau Asmawi Ani, 42, juga telah membuat satu hantaran di akaun Instagram sebagai reaksinya terhadap situasi itu.

View this post on Instagram

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)

“Tahun 2005… begitulah ceritanya,” tulis Mawi ringkas dengan disertakan emoji ketawa.

Dalam masa sama Mawi turut berkongsi syot layar peminat mengenai fenomena Mawi World dan mengimbas kembali momen ketika dia menyertai AF3.

Selain peminat, guru tarian untuk melatih para pelajar Akademi Fantasia iaitu Sazlan turut berkongsi ciapan mengenai Mawi yang tidak pandai menari.

Kehebatan Gelombang Tsumawi ketika itu sangat gah sehinggakan ada peminat yang sanggup menghadiahkannya sebuah kereta, selain menjadi buruan jenama-jenama terkenal untuk menjalin kerjasama.

Fenomena itu turut digambarkan oleh Mawi yang kini sudah bergelar pengarah dan penerbit dalam filem sulung arahan serta terbitannya sendiri berjudul Tiada Tajuk. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.