Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Aliff Aziz Mengaku Bersalah – Akui Punca Dan Penyebab, Ucap Selamat Tinggal Sarah
 Aliff Aziz Mengaku Bersalah – Akui Punca Dan Penyebab, Ucap Selamat Tinggal Sarah
Selebriti Semasa Sensasi

Aliff Aziz Mengaku Bersalah – Akui Punca Dan Penyebab, Ucap Selamat Tinggal Sarah

by VOKALIS 03/05/2024 537

Pelakon yang bagaikan mengumpul koleksi kontroversi, Aliff Aziz mengakui dirinya bersalah.

Lantaran, itu alasan dia baharu muncul membuat kenyataan mengenai kemelut rumah tangga dengan Bella Astillah serta kaitan dirinya bersama beberapa wanita lain.

“Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last.

“Kalau saya saling berbalas, isu akan jadi lebih panjang dan serabut,” katanya.

Malah dia juga mengaku menjadi punca dan penyebab kepada semua kontroversi yang tercetus.

Menerusi podcast The Common Folks, Aliff mengaku ada alasan tersendiri untuk tidak tampil memberi penjelasan sebelum ini.

Sementara itu, ketika disoal mengenai tindakannya mendedahkan hubungan sulit isterinya, Bella Astillah dan aktor, Muaz Zabir itu, Aliff mengakui dia menyesal kerana terlalu mengikut perasaan amarah dan ‘dendam’.

“Kenapa keluarkan cerita pasal Bella,” soal The Common Folks.

“Itu satu tindakan yang salah dan saya menyesal. Pada akhirnya, dia (Bella) tetap ibu kepada kedua-dua anak saya.

“Tetapi ketika itu saya dihantui perasaan marah, kebencian (resentment), dan penyesalan,” kata pelakon asal Singapura itu.

Dalam podcast itu juga, Aliff mempersoalkan tindakan wanita senegaranya Sarah Yasmine yang muncul konon mahu mempertahankan dirinya.

“Terima kasih dan selamat tinggal,” kata Aliff yang ditujukan kepada Sarah.

Aliff mengakui tidak percaya dan masih mempersoalkan tindakan Sarah yang tergamak membuka semua aib dengan mendedahkan perbualan peribadi antara mereka kepada umum.

Baginya, Sarah juga tidak sepatutnya melakukan pendedahan ‘gila’ tersebut hanya dengan alasan untuk menyelamatkan dan rasa sayang terhadap Aliff.

Bukan hanya mempersoalkan tindakan Sarah, Aliff berpesan agar wanita itu menikmati publisiti yang diraihnya selepas membuat pelbagai pendedahan mengejutkan minggu lalu.

“Tiada sesiapa pun suruh dia dedahkan sedangkan kita tahu banyak benda yang sangat sensitif.

“Tapi dia buat juga dan hanya dia sahaja yang tahu niat sebenar tetapi saya harap dia nikmati ‘5 minute of fame’,” katanya.

Sebelum ini, Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium mewah.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila wanita mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine mendedahkan mesej-mesej perbualan antara mereka di Instagram.

Susulan konflik tersebut, Bella memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 21

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

Selebriti

FFM34: Blood Brothers, Babah, Reversi, Takluk dan

by thevokal 01/11/2025 24

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34) tahun ini memperlihatkan senarai calon yang cukup pelbagai,

Santai

Rawatan Al Fashdu bahaya? ‘Haram jika memudaratkan’

by thevokal 30/10/2025 102

SELAIN perubatan moden, rawatan alternatif merupakan kaedah perubatan yang sering menjadi pilihan masyarakat dalam

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.