Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Anak Yatim Teruja Lihat Jentera Bomba Udara – Turut Dirai Dalam Majlis Buka Puasa
 Anak Yatim Teruja Lihat Jentera Bomba Udara – Turut Dirai Dalam Majlis Buka Puasa
Semasa

Anak Yatim Teruja Lihat Jentera Bomba Udara – Turut Dirai Dalam Majlis Buka Puasa

by VOKALIS 08/04/2024 368

Kira-kira 20 orang anak yatim dari Rumah Anak Yatim Dar Asnaf Al Fateeh Ulu Yam, Batang Kali teruja melihat Jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ketika melawat Pangkalan Udara Wilayah Tengah.

Ia sebahagian dari atur cara sempena majlis berbuka puasa anjuran Summit Attack Resources (SAR) dan Kelab Kembara Kosmopolitan (Kembara) itu ditaja oleh Dialisis Mukmin dan Baqara Fine Meat yang diadakan di The Base, SS 19, Subang Jaya.

Majlis itu turut mendapat kerjasama daripada JBPM dan BG Capital Holdings.

Pengasas rumah anak yatim tersebut, Mohd Fazzil Che Lah berkata, pihaknya berterima kasih kepada penyumbang yang sudi meraikan 20 anak yatim dari rumah tersebut.

“Program seperti ini amat baik terutama dalam bulan Ramadan ini dan kami juga sangat berterima kasih pada semua pihak yang sudi membawa anak-anak yatim ini untuk berbuka bersama-sama.

“Saya lihat rata-rata anak yatim ini begitu teruja terutama apabila berpeluang melihat sendiri jentera JBPM ketika melawat Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM tadi,” katanya pada majlis itu.

Kesemua anak yatim dibawa melawat ke Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM di Subang sebelum sama-sama menyertai majlis bacaan Yasin dan Tahlil sebelum berbuka puasa.

Sementara itu, Pengarah SAR, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa berkata, program tahunan yang diadakan itu adalah bertujuan menyantuni anak yatim dan berkongsi rezeki bersama mereka.

Pihaknya turut berharap program seumpama itu dapat menyuburkan lagi perasaan bersyukur dan berkongsi terutama dengan golongan kurang bernasib baik ini.

“Kita bercadang untuk menyantuni lebih ramai lagi golongan kurang berkemampuan pada masa akan datang.

“Kami turut berbesar hati apabila program ini turut mendapat tajaan serta kerjasama daripada rakan strategik serta para sukarelawan serta dermawan,” katanya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

‘Umairah ada masa depan cerah, jangan hanyut

by Deel Anjer 18/09/2025 11

BIDUANITA negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melihat anak saudaranya, Umairah mempunyai masa depan cerah

Semasa

Pembuli dilindungi, mangsa buli di sekolah agama

by Deel Anjer 09/09/2025 151

SEORANG lelaki mengaku terkilan dan kecewa dengan tindakan sebuah sekolah yang menamatkan persekolahan anaknya

Semasa

Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok

by Deel Anjer 01/09/2025 153

ISU kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, 13, terus menjadi topik hangat dan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.