Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Santai
  3. Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14 Februari 2026 dijangka ‘banjir air mata’
 Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14 Februari  2026 dijangka ‘banjir air mata’
Santai Selebriti

Andmesh pilih Malaysia untuk comeback, konsert 14 Februari 2026 dijangka ‘banjir air mata’

by thevokal 04/12/2025 12

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Andmesh Kamaleng, akhirnya mengumumkan kemunculan semula (comeback) yang paling dinantikan peminat di Malaysia.

Lebih istimewa, Andmesh memilih 14 Februari 2026, tarikh yang cukup dekat di hati ramai peminat, sebagai momen penting untuk kembali menggegarkan pentas Kuala Lumpur menerusi konsert eksklusif ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’.

Konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini dianjurkan oleh DTC Entertainment Sdn Bhd, dan dijangka menjadi antara persembahan paling emosional, penuh jiwa, dan berprestij pada tahun 2026. Sudah tentu ia bakal membuatkan ‘banjir air mata’ pada malam itu.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan ramai peminat bakal ‘tersandar mengenang cinta lama’ apabila mendengarkan barisan lagu balada menusuk hati yang menjadi identiti Andmesh sejak awal kerjaya.

Selepas memenangi Rising Star Indonesia 2017, Andmesh terus membina reputasi sebagai antara vokalis paling berpengaruh di rantau ini. Lagu-lagunya bukan sekadar trending, tetapi menjadi soundtrack cinta, rindu dan patah hati jutaan pendengar Asia Tenggara.

Lagu-lagunya bukan sahaja meraih jutaan penstriman, malah sering tular di Malaysia, Singapura, Brunei dan beberapa negara lain di Asia.

Antara hits terbesar yang mengukuhkan namanya termasuk Cinta Luar Biasa ditonton ratusan juta tontonan di YouTube dan menjadi antara lagu cinta paling ikonik rantau ini.

Selain itu, lagu Hanya Rindu, iaitu karya penuh emosi yang menerima anugerah Best Pop Solo Performance di Indonesia juga turut melonjakkan reputasinya.

Lagi lain yang kurang hebat ialah Kumau Dia, Anugerah Terindah, Nyaman dan Jangan Rubah Takdirku antara lagu yang terus membuktikan kekonsistenan Andmesh sebagai penyanyi berbakat besar.

Dengan vokal yang stabil, penuh karakter dan sarat perasaan, tidak hairan setiap persembahan Andmesh sering digelar ‘heart-melting’ oleh peminat serantau.

Malaysia: Rumah kedua buat Andmesh

Andmesh tidak pernah menyembunyikan rasa cintanya terhadap peminat Malaysia.

Setiap kali tampil di Kuala Lumpur, tiket konsert licin dalam masa yang singkat. Sokongan padu serta tenaga peminat Malaysia yang terkenal lantang menyanyi bersama turut menjadi antara sebab utama beliau memilih negara ini sebagai lokasi comeback.

Konsert solo Andmesh terdahulu juga mendapat pujian, dengan penonton menyifatkan vokalnya sebagai tak pernah mengecewakan.

‘Konsert kali ini sangat personal’

Menurut Andmesh, konsert ‘Love Story’ dirancang dengan penuh hati dan membawa penceritaan yang lebih mendalam tentang perjalanan muzik dan peribadinya.

“Malaysia selalu punya tempat istimewa di hati saya. Energi penonton di sini luar biasa.

“ Konsert kali ini sangat personal kerana ia membawa perjalanan muzik saya dari awal sampai sekarang. Saya ingin peminat merasakan setiap cerita di balik lagu-lagu saya,” katanya.

Pada masa sama, Andmesh turut menjanjikan susunan muzik yang lebih segar serta kejutan istimewa yang hanya akan dipersembahkan di Malaysia.

Tiket ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati kini boleh didapatkan melalui laman rasmi Ticket2U dengan kategori berikut;

VVIP (RM1,088), Platinum (RM888), Platinum Wing (RM728), Diamond (RM688), VIP (RM588), Gold (RM458), Diamond Wing (RM488) dan Bronze (RM238).

Untuk zon standing, kategori Silver (RM388) turut ditawarkan. – THE VOKAL

 

 

 

 

Share This:

Previous post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 60

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin,

by thevokal 03/12/2025 23

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit

Selebriti

Afgan kembali dengan album Retrospektif… Pengakuan Paling

by thevokal 03/12/2025 32

SETELAH tujuh tahun sunyi tanpa album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan membuat kemunculan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.