Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih, JAIS Siasat Premis Di Puchong
 Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih, JAIS Siasat Premis Di Puchong
Semasa

Ayam Mati Akibat Renjatan Elektrik Sebelum Disembelih, JAIS Siasat Premis Di Puchong

by VOKALIS 03/11/2026 10

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Puchong selepas dipercayai menjalankan aktiviti penyembelihan yang tidak mematuhi hukum syarak.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook JAIS hari ini, premis berkenaan diserbu pada 30 Oktober lalu hasil risikan dan pemantauan pasukan penguatkuasaan khas halal jabatan itu dengan kerjasama beberapa agensi penguat kuasa.

Serbuan di Lot 35, Jalan Jurutera, Kampung Sri Aman Hilir itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Jabatan Alam Sekitar.

Menurut JAIS, premis terbabit disyaki melakukan penyembelihan ayam selepas haiwan berkenaan mati akibat proses renjatan elektrik menggunakan voltan melebihi kadar yang dibenarkan.

“Semasa serbuan dilakukan, terdapat 12 orang dipercayai pekerja warganegara Bangladesh dan Pakistan, tanpa ada pekerja warganegara Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Lebih mengejutkan, pemeriksaan turut mendapati premis berkenaan tidak mempunyai papan tanda atau sebarang maklumat perniagaan mahupun nama syarikat yang boleh dirujuk.

JAIS turut mengesahkan premis itu tidak mempunyai rekod permohonan pensijilan halal dan tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

“Rekod di JAIS juga menunjukkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak pernah mengeluarkan Perakuan Penyembelih untuk sembelihan yang dilaksanakan di premis itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, berdasarkan maklumat daripada individu yang ditahan, operasi premis berkenaan dipercayai dijalankan oleh lebih daripada satu syarikat atau entiti.

Bagaimanapun, JAIS masih belum dapat mendedahkan identiti individu atau syarikat yang terlibat kerana sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemilik sebenar premis dan syarikat berdaftar daripada Pejabat Daerah dan Tanah.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Seksyen 121F Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sehubungan itu, JAIS meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

JAIS turut mengingatkan penyedia makanan bermasak, pemilik restoran dan masyarakat Islam supaya mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal yang mempunyai pensijilan halal serta tauliah penyembelihan halal mengikut undang-undang berkuat kuasa.

Share This:

Previous post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.