Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin, PERISMA Pahang kagum usaha Dr Afif tubuh Yayasan Al Farhain
 Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin, PERISMA Pahang kagum usaha Dr Afif tubuh Yayasan Al Farhain
Selebriti

Bedah mata percuma untuk B40… DJ Lin, PERISMA Pahang kagum usaha Dr Afif tubuh Yayasan Al Farhain

by thevokal 03/12/2025 16

DI sebalik senyuman rakyat biasa, ramai sebenarnya menanggung derita akibat masalah kesihatan yang sedikit sebanyak mengganggu kehidupan harian mereka.

Misalnya kita sering diberitahu menerusi laporan media tentang golongan B40 (kumpulan pendapatan terendah), terutamanya warga emas dan pesakit kronik, terus ‘terperangkap’ dalam senarai menunggu hospital yang panjang.

Susulan itu, selebriti dan penyampai radio popular Suria FM, DJ Lin akui mengagumi usaha Dr Afif Mohd Ridzwan, mengambil langkah berani untuk menubuhkan Yayasan Al-Farhain sebagai satu ‘sinar baharu’ buat masyarakat.

DJ Lin puji usaha Dr Afif (kiri) yang mahu membantu golongan B40 menerusi Yayasan Al Farhain

Menerusi pertemuannya dalam sebuah program, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid,menyokong usaha Dr Afif membantu masyarakat yang bermula secara kecil-kecilan dan tertutup sejak dahulu.

“Bagi saya, usaha ini bukan sekadar projek kebajikan biasa, malah satu inisiatif yang mampu membuka ruang dan peluang buat lebih ramai golongan B40 yang selama ini menanggung derita dalam senyap kerana kurang berkemampuan dan tidak tahu saluran yang betul.

“Bagi saya, inisiatif Dr. Afif bersama pasukannya untuk menubuhkan satu yayasan sebagai cara memberi semula kepada masyarakat adalah satu niat yang sangat murni,” katanya.

DJ Lin berkata demikian seusai program Bicara Wanita: Pengorbanan dan Inspirasi anjuran Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita (PERISMA) JBPM Pahang, baru-baru ini, di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kuantan, Pahang.

Tetamu kenamaan yang turut hadir ialah Pengarah Bomba Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim dan Pengerusi PERISMA, Datin Suraya Jusoh.

Selain itu, wakil PUSPANITA Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dr Wan Noor Moor Sani, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Briged Tenggara PGA dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang turut hadir sebagai tetamu.

DJ Lin juga mengakui tersentuh apabila dimaklumkan tentang perancangan Dr Afif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Rawatan Al Farhain, berhasrat untuk membantu golongan memerlukan melalui pembedahan mata secara percuma.

“Apa yang Dr. Afif beritahu kepada saya, nak bantu operasi pembedahan mata secara percuma kepada golongan yang memerlukan, itu satu amalan yang mulia.

“Tidak ramai yang mampu mendapatkan rawatan seperti itu, apatah lagi bila senarai menunggu di hospital terlalu panjang dan kos rawatan di sektor swasta pula sering menjadi penghalang.

“Ini secara tak langsung menjadi penghalang buat golongan B40 nak rasa teknologi rawatan canggih,” katanya.

KEJUTAN ulang tahun Suria FM ke-18

DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM menambah, langkah ini mampu menjadi ‘jambatan’ kepada mereka yang tidak tahu ke mana harus mencari bantuan kesihatan.

“Ramai sebenarnya yang tak tahu channel atau saluran yang betul. Apabila ada yayasan begini, ia boleh bantu lebih ramai yang memerlukan.

“Ini satu idea yang murni sebenarnya. Saya sangat kagum dengan inisiatif Dr. Afif bersama team.

“Mudah-mudahan dapat sokongan daripada semua pihak. Niat baik, Allah akan bantu,” katanya.

Menurut Dr Afif pula, ramai golongan B40 yang mengalami masalah penglihatan di tahap membahayakan sehingga menjejaskan pekerjaan, namun tidak mengambil langkah sewajarnya kerana masalah kewangan.

“Kebiasaannya golongan ini tidak dapat melihat jelas untuk bekerja, sukar memandu kerana risiko keselamatan, terpaksa berhenti kerja kerana masalah penglihatan, menunggu rawatan yang entah bila dan sebagainya.

“Insya Allah, Yayasan Al Farhain ingin menamatkan penantian itu,” ujarnya.

Sementara itu, Datin Suraya Jusoh berkata, pihaknya yang turut aktif melakukan program kebajikan menyokong usaha penubuhan Yayasan Al Farhain.

“Saya melihat langkah ini sebagai sinar baharu buat golongan B40 yang selama ini ada antara mereka terpinggir dari sudut rawatan kesihatan berkualiti.

“Ramai sebenarnya yang sedang menunggu. Ada yang tak mampu dan ramai yang tak tahu di mana nak dapatkan bantuan,” katanya.

Dalam program yang disertai lebih 100 ahli PERISMA, selain sesi Bicara Wanita yang disampaikan DJ Lin, turut diadakan ceramah kesihatan bersama Dr Afif dan sambutan ulang tahun Suria FM ke-18. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

thevokal

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Dakwaan adegan panas dalam Manrobbuka… “Saya masih

by thevokal 03/12/2025 36

PENGARAH terkenal, Shuhaimi Lua, tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulungnya

Selebriti

Afgan kembali dengan album Retrospektif… Pengakuan Paling

by thevokal 03/12/2025 27

SETELAH tujuh tahun sunyi tanpa album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan membuat kemunculan

Selebriti

Ada yang nak ‘pijak’ saya sebab geram

by thevokal 03/12/2025 34

PERCATURAN Rozita Che Wan atau Che Ta kembali aktif berlakon tahun ini disifatkan tepat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.