Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bekas Jurulatih Skuad Harimau Malaya, B Sathianathan Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kanser
 Bekas Jurulatih Skuad Harimau Malaya, B Sathianathan Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kanser
Semasa Stadium

Bekas Jurulatih Skuad Harimau Malaya, B Sathianathan Meninggal Dunia Akibat Penyakit Kanser

by VOKALIS 18/07/2023 222

KUALA LUMPUR – Dunia sukan bola sepak kehilangan seorang jurulatih berwibawa iaitu B Sathianathan yang meninggal dunia hari ini.

Menurut laporan Awani, difahamkan, mendiang meninggal dunia selepas setahun bertarung dengan kanser.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, dilaporkan meninggal dunia pada usia 65 tahun hari ini.

Mendiang menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya dari 2007 hingga 2009.

Antara rekod cemerlang mendiang ialah membimbing skuad B-23 negara dari 2006-2008 dengan kejayaan menjuarai Pesta Bola Merdeka pada 2007 dan menjadi naib juara pada 2008.

Mendiang yang berasal dari Perak juga pernah membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia pada 2010 selain membimbing ATM dan Felda United menjuarai Liga Perdana, masing-masing pada 2012 dan 2018. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Aktor Veteran Kampung Pisang Bersiri-siri, Mat London

by VOKALIS 14/07/2023 515

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau lebih

Semasa

Hidap Radang Paru-paru, Ibu Yati Atau Wanti

by VOKALIS 11/07/2023 358

SERDANG – Pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI 2014 (Anugerah Kajai) Wan Norhayati Wan Alias dilaporkan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.