Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bongkar Taktik Rumah Sewa – Jadi Makmal Dan Stor Dadah
 Bongkar Taktik Rumah Sewa – Jadi Makmal Dan Stor Dadah
Semasa

Bongkar Taktik Rumah Sewa – Jadi Makmal Dan Stor Dadah

by VOKALIS 27/05/2024 427

Polis membongkar makmal pemprosesan dan stor penyimpan dadah di rumah sewa menerusi serbuan berasingan di dua lokasi di negeri ini.

Aktiviti berkenaan terbongkar susulan penahanan lelaki berusia 38 tahun pada jam 5.30 petang, Jumaat lalu di persimpangan Jalan Changkat Sungai Ara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, berpandukan maklumat daripada suspek, serbuan kemudian dilakukan terhadap sebuah rumah teres tiga tingkat di kawasan perumahan Taman Hijau Setia, Sungai Ara, Bayan Lepas yang dijadikan sebagai makmal pemprosesan dadah.

Katanya, polis turut merampas sebanyak 42 bungkusan dadah berisi heroin seberat 13.83 kg, ketulan mampat disyaki heroin base (376 gram), plastik berisi serbuk kafein (93.87kg) dan pelbagai peralatan pemprosesan dadah.

“Menerusi serbuan kedua pada jam 3.10 petang, Sabtu lalu di sebuah pangsapuri di Persiaran Batu Uban mendapati rumah terbabit dijadikan tempat penyimpanan dadah oleh suspek.

“Barangan yang dirampas ialah sebanyak 45 bungkusan berisi syabu seberat 46.19 kg, 91 ketulan mampat disyaki heroin base (33.76kg), serbuk kafein (24.14kg) dan botol berisi cecair kimia,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Kok Chin berkata, sebanyak enam pucuk pistol berserta 100 butir peluru turut dirampas dan semakan akan dibuat bagi mengenalpasti sama ada suspek pernah menggunakannya dalam kes jenayah sebelum ini.

Katanya, aktiviti sindiket berkenaan aktif sejak Januari lalu bagi pasaran sekitar Pulau Pinang dan Lembah Klang.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau manakala jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 2.6 juta penagih dadah jika berjaya dipasarkan.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 1 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 ,” katanya lagi.

Menurutnya, tindakan juga diambil mengikut akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan menyita pelbagai aset termasuk empat kereta mewah dan dua motosikal dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan bernilai RM5.03 juta. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

FFM34: Nilai Artistik Atau Emosi, Siapa Bakal

by thevokal 01/11/2025 33

Selain Filem Terbaik, dua kategori paling dinanti setiap kali Festival Filem Malaysia (FFM) berlangsung

Selebriti

FFM34: Blood Brothers, Babah, Reversi, Takluk dan

by thevokal 01/11/2025 42

Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM 34) tahun ini memperlihatkan senarai calon yang cukup pelbagai,

Santai

Rawatan Al Fashdu bahaya? ‘Haram jika memudaratkan’

by thevokal 30/10/2025 124

SELAIN perubatan moden, rawatan alternatif merupakan kaedah perubatan yang sering menjadi pilihan masyarakat dalam

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.