Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Buaya Di Tasik Shah Alam, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati – MBSA
 Buaya Di Tasik Shah Alam, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati – MBSA
Semasa

Buaya Di Tasik Shah Alam, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati – MBSA

by The Vokal 03/09/2024 332

Tular Buaya Di Tasik Shah Alam, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati – MBSA

Berikutan tular satu perkongsian di Facebook berkenaan kemunculan buaya di Tasik Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  mengeluarkan notis bahawa pihaknya telah mengambil maklum dan sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam kenyataan di Facebook, pihaknya juga meminta orang ramai untuk berhati-hati.

“Majlis Bandaraya Shah Alam, melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil maklum akan perkara ini dan sedang mengambil tindakan selanjutnya.

“Orang ramai diminta untuk berhati-hati ketika beriadah di Tasik Shah Alam Seksyen 7,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebook.

Menerusi hantaran terkini di laman Facebook, pihak MBSA bersama Jabatan Perhilitan Negeri Selangor telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemantauan dari masa ke masa.

“Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengadakan lawatan tapak dan perbincangan bersama pihak Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor berkenaan kemunculan seekor buaya di Tasik Seksyen 7, Shah Alam seperti yang telah tular di media sosial.

“Perbincangan mengenai isu ini telah dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Azhar bin Mohd Sharif, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam; YBrs. Encik Norhisham bin Mohammad, Pengarah Kesihatan Persekitaran; YBrs. Encik Mohd Amir bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor; Pasukan PANTAS MBSA serta Pegawai-Pegawai dari kedua-dua agensi di lokasi yang dinyatakan.

“Sebagai langkah keselamatan, MBSA telah memasang tali penghadang di sekitar kawasan Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa. Selain itu, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor juga akan meletakkan banner peringatan di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam serta memasang perangkap bagi menangkap buaya tersebut,” katanya.

Terdahulu, tular penemuan seekor buaya di tasik tersebut sehingga menggusarkan orang ramai terutama pengunjung di situ.

Imbas kembali, kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang pernah menggemparkan negara. Namun, tiada laporan lanjut berkenaan penangkapan haiwan tersebut, lapor Sinar Harian.

Menurut Bernama, kejadian penemuan haiwan pemangsa itu juga pernah berlaku pada tahun 2019 di Tasik Shah Alam Seksyen 14. Seekor anak buaya tembaga sepanjang satu meter telah berjaya ditangkap apabila haiwan itu memasuki perangkap Perhilitan. Anak buaya tersebut telah dihantar ke pusat Paya Indah Wetland (PIW).

Menurut laporan, haiwan itu dipercayai telah dilepaskan oleh pihak tidak bertanggungjawab

Sumber: SiakapKeli / FB MBSA / Bernama / SinarHarian

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 235

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 389

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 258

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.