Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. TMJ Lontar Idea Untuk Skuad Negara Bergerak Berasingan
 TMJ Lontar Idea Untuk Skuad Negara Bergerak Berasingan
Semasa

TMJ Lontar Idea Untuk Skuad Negara Bergerak Berasingan

by The Vokal 03/09/2024 5938

Kuala Lumpur: Sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan skuad Harimau Malaya, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melontarkan idea agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.

Perkara itu dikongsikan Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sosial miliknya apabila berkongsi sistem, peranan dan carta organisasi badan bebas itu.

Berdasarkan dokumen itu, organisasi berkenaan akan diketuai seorang Ketua Pegawai Bolasepak (CSO) atau Pengarah Teknikal.

Ia akan dibantu beberapa pegawai termasuk Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi & Penilaian serta Ketua Sumber Manusia.

Malah, dalam perkongsian itu juga, Tunku Ismail memuat naik gambar beliau bersama Anwar pada 23 Ogos lalu iaitu sehari sebelum aksi final Piala FA antara JDT dan Selangor FC bulan lalu.

Sebelum ini, cadangan sama pernah dibangkitkan namun ia mendapat tentangan hebat pemerhati dan bekas pemain kebangsaan.

Terdahulu, Anwar mengumumkan durian runtuh buat pasukan negara dengan peruntukan sebanyak RM15 juta.

Dimaklumkan RM10 juta datangnya daripada kerajaan menerusi Kementerian Kewangan manakala baki RM5 juta lagi merupakan tajaan daripada syarikat-syarikat swasta.

Pengumuman itu dilakukan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan semasa Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan hari ini.

Sumber: HMetro

Share This:

Previous post
Next post

The Vokal (Website)

administrator

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 69

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 68

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 72

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.