Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Bukan Setakat Tewas – Greenwood Dibuang Padang
 Bukan Setakat Tewas – Greenwood Dibuang Padang
Semasa Stadium

Bukan Setakat Tewas – Greenwood Dibuang Padang

by VOKALIS 03/01/2024 592

Kerana mulut badan binasa. Itu nasib yang ditanggung Bintang Getafe, Mason Greenwood yang dibuang padang dalam perlawanan La Liga Sepanyol awal pagi tadi.

Mason Greenwood

Dia dan dua yang lain didakwa memaki pengadil perlawanan ketika tewas 0-2 di tangan Rayo Vallecano.

Pengadil dalam kenyataan laporan selepas perlawanan mendakwa Greenwood mengejinya dengan menggunakan bahasa Inggeris pada minit ke-50 namun pemain itu dan kelab menafikannya.

Mason Greenwood

“Dia tak mahir berbahasa Sepanyol. Dia beritahu saya dia bercakap perkara lain kepada pengadil,” kata pengurus Getafe José Bordalás selepas tamat perlawanan.

“Dia kecewa kerana pengadil tidak menjelaskan sebarang kesalahan kepadanya tetapi hanya komen yang dilakukannya.”

Pengadil Jorge Figueroa Vázquez turut berkata dalam laporan, selepas dibuang padang Greenwood membuat isyarat jari ke kepalanya dan menunjukkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Vazquez.

Jorge Figueroa Vázquez (Kredit: Barca Times)

Greenwood beraksi dengan Getafe secara pinjaman dari Manchester United dan turut dibuang padang ialah pemain pertahanan Damián Suárez yang didakwa memaki penolong pengadil selepas dia dikeluarkan pada minit ke-70.

Tuan rumah beraksi kurang satu pemain sejak minit ke-40 selepas penyerang Juanmi Latasa dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 56

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 54

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 61

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.