Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. CEO Aman Palestin Nafi – Didakwa Salah Guna Dana
 CEO Aman Palestin Nafi – Didakwa Salah Guna Dana
Semasa

CEO Aman Palestin Nafi – Didakwa Salah Guna Dana

by VOKALIS 15/02/2024 668

Tidak mengaku bersalah. Demikian pengakuan Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan seorang pengarah syarikat pelaburan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Kedua-duanya dituduh atas 164 pertuduhan pengubahan wang haram, menipu dan pecah amanah membabitkan dana berjumlah RM39.5 juta.

Memetik laporan Harian Metro, Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58; Awang Suffian Awang Piut, 52; serta Khairudin Mohd Ali, 49, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Pada 8 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan siasatan terhadap Aman Palestin tertumpu mengenai wang dibelanjakan pertubuhan itu termasuk perbelanjaan penubuhan beberapa syarikat.

Katanya, turut disiasat mengenai pelaburan jongkong emas oleh Aman Palestin dan penerimaan wang yang didakwa sudah diagihkan kepada penerima bantuan di beberapa negara termasuk Palestin dan Syria.

November lalu, SPRM mengesahkan membeku 41 akaun Aman Palestin dan beberapa entiti syarikat lain yang berkaitan dengan jumlah keseluruhan RM15,868,762.

Ia berhubung siasatan agensi penguatkuasaan itu terhadap dakwaan syarikat pertubuhan amal berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai sejak 17 Oktober lalu. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Konsert OG – 25 Tahun Kekal Relevan,

by thevokal 02/04/2026 54

Perjalanan 25 tahun kumpulan Kristal dalam industri muzik tanah air bakal diraikan dalam sebuah

Selebriti

Konsert OG Kristal 25 tahun… Semua Ahli

by thevokal 31/03/2026 53

Bukan mudah untuk bertahan dalam dunia muzik. Namun sejak 25 tahun lalu, Kristal memulakan

Selebriti

Langkah Baharu… Bella Astillah, Syed Saddiq Selamat

by thevokal 28/03/2026 60

Status hbungan antara pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akhirnya terjawab

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.