Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Daim Berkerusi Roda Ke Mahkamah – Didakwa Gagal Isytihar 70 Aset
 Daim Berkerusi Roda Ke Mahkamah – Didakwa Gagal Isytihar 70 Aset
Semasa Sensasi

Daim Berkerusi Roda Ke Mahkamah – Didakwa Gagal Isytihar 70 Aset

by VOKALIS 29/01/2024 407

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin hadir berkerusi roda di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan kira-kira 70 aset harta.

Bagaimanapun, tertuduh, Che Abdul Daim Zainuddin, 86, tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan sebaik jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Daim didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu membabitkan aset antaranya satu akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASB), tujuh kenderaan seperti Jaguar, 38 syarikat dan 25 hartanah serta tanah di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah.

Kesalahan itu dilakukan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pada 13 Disember 2023.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala Daim diwakili peguam, M Puravelan.

Menurut laporan Harian Metro, Wan Shaharudin memohon mahkamah menetapkan jaminan antara RM250,000 hingga RM500,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri ke ibu pejabat SPRM sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Beliau turut memohon supaya mahkamah menasihatkan supaya semua pihak tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kes itu memandangkan ia sudah dituduh di mahkamah.

Sementara itu, Puravelan memohon mahkamah mempertimbangkan faktor kesihatan tertuduh dalam kes ini yang pernah mengalami strok ringan beberapa tahun lalu, selain terdapat jangkitan pada mata menyebabkan beliau perlu mengambil pelbagai jenis ubat.

“Dari segi syarat tambahan berkaitan pasport dan perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM setiap bulan, perkara itu adalah mustahil disebabkan masalah kesihatan beliau,” katanya.

Azura kemudian membenarkan Daim diikat jamin RM280,000 dengan seorang penjamin tempatan dengan tiada syarat tambahan.

Mahkamah menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 244

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 400

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 265

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.