Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. “Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang Lain…” – Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tunai Zakat RM1.15 Juta
 “Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang Lain…” – Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tunai Zakat RM1.15 Juta
Selebriti Semasa

“Dalam Rezeki Kita Ada Rezeki Orang Lain…” – Aeril Zafrel, Wawa Zainal Tunai Zakat RM1.15 Juta

by VOKALIS 21/12/2023 636

Sebagai kewajipan bagi setiap orang Islam yang mampu, pasangan suami isteri selebriti ini sedar hakikat bahawa dalam setiap rezeki kita, ada rezeki orang lain. 

Lantaran itu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Aeril, 35, berkata, jumlah yang dibayar itu adalah hasil perniagaan tahun ini.

“Alhamdulillah, ini kewajipan yang perlu dilaksanakan. Kami bersyukur atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus daripada Allah SWT.

“Ini juga berkat sokongan tanpa henti daripada semua pihak dan pelanggan setia kami. Semoga 2024 dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang lebih baik lagi buat kita semua,” katanya.

Menurutnya, zakat yang dikeluarkan itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya, LZS adalah agensi terbaik dalam menguruskan perkara ini.

“Semoga usaha ini menjadi langkah awal dan pendorong buat orang lain juga. Percayalah, tidak miskin orang yang bersedekah di jalan Allah,” katanya.

Tahun lalu, Aeril Zafrel meraih penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana melunaskan bayaran zakat melebihi RM50,000.

Aeril dan Wawa memiliki beberapa perniagaan antaranya, Wawa Cosmetics dan syarikat produksi Respected Citizen Sdn Bhd. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Siti Nurhaliza umum konsert solo di Stadium

by thevokal 30/09/2025 245

BIDUANITA Negara dan ikon muzik Asia, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal meraikan perjalanan seninya

Santai Selebriti

Zoey, Dr Afif bimbang lelaki suka pakai

by thevokal 28/09/2025 40

PELAKON dan pengacara, Zoey Rahman akui risau dengan gaya hidup masa kini sesetengah lelaki

Santai

‘Isteri menopaus di usia 45 tahun, bantulah

by thevokal 28/09/2025 30

TIDAK dinafikan, terdapat sesetengah masyarakat kita memandang remeh terhadap kepentingan seks atau hubungan intim

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.