THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Kongsi Foto Bersama Teman Lelaki Punca Bekas Kekasih Tikam Wanita Sehingga Tembus Jantung
 Kongsi Foto Bersama Teman Lelaki Punca Bekas Kekasih Tikam Wanita Sehingga Tembus Jantung
Semasa

Kongsi Foto Bersama Teman Lelaki Punca Bekas Kekasih Tikam Wanita Sehingga Tembus Jantung

by VOKALIS 21/12/2023 522

Identiti wanita yang ditikam hingga menembusi bahagian jantung pada Isnin lepas disahkan sebagai seorang penyanyi tempatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Cha Hoong Fong berkata, mangsa berusia 26 tahun dikenali sebagai Xu Jia Ling, 26, seperti yang dilaporkan oleh China Press.

Hoong Fong berkata, suspek yang menagih cinta penyanyi itu sejak dua tahun lepas berasa cemburu selepas mangsa berkongsi foto bersama teman lelaki di media sosial pada Ahad.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi menambah cemburu dipercayai menjadi motif wanita itu ditikam sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Taman Chi Liung, Klang.

“Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 44 tahun dan mangsa merupakan pasangan kekasih.

“Difahamkan berlaku pergaduhan selepas mereka makan tengah hari di sebuah restoran sebelum suspek bertindak menikam wanita berkenaan berdekatan keretanya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Semalam, Hoong Fong mengesahkan bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian depan dan belakang badan.

“Punca kematian adalah disebabkan kesan tikaman di dada yang menembusi jantung mangsa,” katanya.

Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau menyatakan, pihaknya menerima maklumat mengenai kes itu melalui aduan orang awam yang menyaksikan seorang wanita ditikam seorang lelaki di tempat kejadian.

Malah tular juga video dirakam seorang saksi penjenayah terbabit dari tingkat atas rumahnya yang kemudian bertindak melaporkan kejadian terbabit kepada polis menerusi panggilan telefon.

Menurut fakta kes, kejadian tersebut difahamkan berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika mangsa berjumpa dengan suspek di restoran sebelum ditikam berdekatan kenderaan selepas mereka usai makan tengah hari. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 181

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 326

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 198

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.