Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. “Datang Jumpa Mak Ayah Saya, Nak Letak Lokap Pun Tak Apa…” – Kakak Arwah Harap Kematian Adik Terbela
 “Datang Jumpa Mak Ayah Saya, Nak Letak Lokap Pun Tak Apa…” – Kakak Arwah Harap Kematian Adik Terbela
Semasa

“Datang Jumpa Mak Ayah Saya, Nak Letak Lokap Pun Tak Apa…” – Kakak Arwah Harap Kematian Adik Terbela

by VOKALIS 16/12/2023 611

Kes kemalangan maut membabitkan seorang pelajar berusia 17 tahun yang dilanggar seorang anggota polis di Ipoh, Perak semalam mendapat perhatian umum dan tular di media sosial. 

Keluarga mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berharap kejadian yang menimpa mangsa dibela dan disiasat secara adil. 

Nur Zawani Muhd Zamrie, 28, mahu siasatan terhadap kes itu dapat dijalankan dengan adil meskipun individu terlibat adalah seorang anggota polis.

Itu harapan disuarakan kakak kepada pelajar yang maut akibat dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh pada Jumaat.

“Siapapun pelakunya, saya mahu keadilan terhadap kematian adik saya”, katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun.

Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dipercayai seorang anggota polis dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.

“Kalau adik buat salah sekalipun, datang jumpa mak ayah saya. Kalau nak letak dia kat lokap pun tak mengapa daripada diperlakukan begitu (dilanggar).

“Bukan hak dia untuk buat begitu, saya harap sangat, ada keadilan terhadap adik saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Jumaat.

Memetik laporan Sinar Harian, Nur Zawani yang bekerja sebagai jururawat berkata, kehilangan adik bongsu daripada empat beradik itu benar-benar memberi kesan mendalam kepada mereka sekeluarga terutama ibu dan bapanya.

Apatah lagi menurutnya, bapanya yang membuka gerai makan tidak jauh dari lokasi turut berlari ke tempat kejadian dan menjadi saksi pemergian arwah.

“Secara kebetulan saya ada dekat kawasan kerana mahu menghantar anak. Ada orang beritahu adik saya terlibat kemalangan menyebabkan saya segera mendapatkannya yang dikerumuni ramai orang.

“Saya pangku kepalanya dan dapati dia masih bernyawa, saya cuba selamatkannya dengan memberi bantuan pernafasan (CPR), tetapi tiada tindak balas.

“Melihat keadaan itu, seorang ustaz yang mengajar di sekolah membantu adik mengucap. Ayah saya juga lakukan perkara sama, sampailah dia benar-benar pergi,” katanya.

Jenazah mangsa telah dituntut ahli keluarga sekitar jam 6.30 petang sebaik proses bedah siasat selesai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang Luar. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Bengang Dituduh Riak, Aleeya Avenys Mengamuk Bila

by thevokal 24/02/2026 36

Nama pempengaruh dan usahawan kosmetik, Aleeya Avenys kembali jadi bualan hangat apabila dituduh riak

Selebriti

“Ada luka yang tidak wajar disentuh… ”

by thevokal 20/02/2026 42

Penerbit dan pengarah tersohor, Erma Fatima akhirnya membuka bicara mengenai karya terbaharu arahannya berjudul

Selebriti

Erma Fatima Buat Comeback, Satukan Bintang A-List

by thevokal 17/02/2026 59

Selepas sedekad memberi tumpuan kepada penerbitan dan lakonan, nama Erma Fatima kembali menjadi sebutan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.