Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. Dibarisi Ramai Pelakon Handalan, Nora Danish Teruja Duduk Sebulan Di Indonesia Bintangi Filem The Parcel
 Dibarisi Ramai Pelakon Handalan, Nora Danish Teruja Duduk Sebulan Di Indonesia Bintangi Filem The Parcel
Selebriti Serantau

Dibarisi Ramai Pelakon Handalan, Nora Danish Teruja Duduk Sebulan Di Indonesia Bintangi Filem The Parcel

by VOKALIS 30/07/2023 378

KUALA LUMPUR – Pelakon Nora Danish mengakui teruja apabila berpeluang berlakon dalam filem seram The Parcel dari Indonesia yang mula menjadi bualan di negara itu.

Nora berkata, dia seronok dan tidak terasa sebulan berlalu dengan begitu pantas sepanjang tempoh penggambaran yang membabitkan dirinya di negara jiran itu.

“Bersyukur di beri rezeki untuk meluaskan pengalaman bekerja di Indonesia dan paling berharga ialah apabila saya dapat berlakon dengan nama besar di sana.

“Pasti juga sesuatu yang tidak wajar dilepaskan iaitu peluang berlakon di bawah arahan Andibachtiar Yusuf,” katanya.

Filem itu membariskan pelakon Indonesia Atiqah Hasiholan, Putri Ayudya, Baim Wong, Laudya Cynthia Bella, Whani Dharmawan, Aditya Lakon, Achi Breyvi, dan Reza Maulana.

Selain Nora yang popular menerusi drama bersiri Puteri, bakat baru Amir Ahnaf turut memegang watak penting dalam filem seram berkenaan.

Mengulas mengenai Amir, Nora berpendapat pemenang Bakat Baharu Popular ABPBH35 itu berpeluang cerah untuk mengembangkan kerjayanya ke peringkat luar.

“Dengan peluang ini senang untuk dia melebarkan sayapnya di Indonesia kerana dia ada visi dan berusaha untuk berikan yg terbaik dalam setiap naskah yang diberikan.

” Amir juga pandai membawa diri di sini membuatkan saya senang dengan respek dengannya.

“Sebagai senior, saya bangga dapat lihat anak muda, diberikan peluang untuk berkerja di sini, bukan calang-calang sebab berlakon dengan pelakon Indonesia yg cukup berpengalaman,” katanya.

Nora sebelum ini juga pernah berlakon di Indonesia antaranya Syurga Yang Tak Dirindukan 2, Bukan Cinta Malaikat, Warkop DKI Reborn dan Sepenggal Puisi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Serantau

Tidak Jumpa ‘Pintu Depan’ Punca aktor Lakukan

by VOKALIS 10/08/2023 403

KUALA LUMPUR – Aktor yang terkenal dengan aksi lasaknya, Rizal Djibran akui mengamalkan seks

Selebriti Serantau

Berpurdah Dan Tidak Pandai Berhias Punca Virgoun

by VOKALIS 27/07/2023 300

JAKARTA – Kecoh sejak Mei lalu apabila isteri Virgoun iaitu Inara Rusli memaklumkan terpaksa

Selebriti Semasa

Amir Ahnaf Lebar Sayap, Bintangi Filem The

by VOKALIS 26/07/2023 458

JAKARTA – Berjaya merangkul trofi BBNU Lelaki Popular ABPBH35 baru-baru ini, Amir Ahnaf ketika

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.