Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. DJ Lin Jadi Mangsa – Tyzo Yang Minta Enam Bulan Kontrak
 DJ Lin Jadi Mangsa – Tyzo Yang Minta Enam Bulan Kontrak
Selebriti Semasa Sensasi

DJ Lin Jadi Mangsa – Tyzo Yang Minta Enam Bulan Kontrak

by VOKALIS 19/01/2024 1072

Bagaimana soal timbul aniaya kalau tuan badan sendiri sudah maklum perkara yang dibangkitkan, malah mahu kontrak seperti yang diberikan.

Pengerusi Star Media Radio Group Berhad (SMRG), Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata, Tyzo sendiri yang membuat permintaan untuk hanya menyambung enam bulan kontrak.

Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse

Beliau berkata, sepanjang tempoh kontrak itu juga Tyzo sendiri tidak ada usaha untuk berbincang memperbaharuinya sepanjang tempoh enam bulan itu.

Aminuddin berkata, dalam satu pertemuan bersama Tyzo pada Ogos tahun lalu, pihak pengurusan ada memanggil Tyzo untuk berbincang mengenai pembaharuan kontrak selama setahun.

“Saya bersama Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin serta wakil daripada ketua kandungan Suria FM, JJ dan wakil jabatan sumber manusia bertemu Tyzo bagi membincangkan pembaharuan kontrak selama setahun bermula Oktober 2023 sehingga Oktober 2024.

“Bagaimanapun ketika kami meminta keputusan itu dibuat, dia minta kontraknya disambung cuma enam bulan. Jadi Saya berpendapat dia sudah mempunyai rancangan tersendiri selain mungkin mendapat tawaran lain selepas memenangi kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH pada Julai tahun lalu.

DJ Lin

“Dalam pertemuan itu juga kami ulangi betulkah dia mahu kontraknya disambung selama enam bulan saja dan selepas seminggu kemudian dia sahkan dia mahu kontraknya disambung enam bulan saja.

“Jadi secara tidak langsung kontraknya disambung bermula 9 Oktober 2023 sehingga 9 Mac 2024. Di Suria FM setiap pembaharuan kontrak pihak pengurusan akan berbincang dengan saya terlebih dahulu dan saya sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya tanpa membabitkan pihak lain,” katanya.

Menurut Aminuddin, dia meminta perkhidmatan Tyzo ditamatkan lebih awal kerana Suria FM mempunyai perancangan untuk meningkatkan mutu stesen radio itu.

DJ Lin

“Disebabkan kita tidak menyambung kontraknya, jadi tidak elok jika dia masih ada kerana kami sudah mengaturkan beberapa perancangan memandangkan bakal menempuh ‘survey’ pada bulan depan.

“Walaupun perkhidmatannya ditamatkan lebih awal, tapi gajinya masih terus dibayar sehingga 9 Mac ini.

“Malah pada hari terakhirnya dia bertugas saya minta untuk dia rakamkan momen terakhirnya tapi dia tidak berbuat demikian, sebaliknya dia ke udara secara langsung,” katanya.

Dalam masa sama, Amiruddin turut mengulas mengenai isu penamatan kontrak Tyzo yang menjadi bualan hangat sebelum ini sehingga ramai meletakkan kesalahan kepada pihak Suria FM.

Tyzo

“Video kononnya Tyzo kata dia dianiaya menjadi tular. Ramai yang simpati kepadanya kerana hanya mendengar sebelah pihak.

“Ramai yang kecam dan menuduh ia berpunca daripada DJ Lin. Semua kecam DJ Lin kononnya dia bertanggungjawab. Sebenarnya DJ Lin adalah mangsa.

“Saya harap isu ini ditamatkan. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak yang terus memberi komen yang dianggap fitnah,” tegasnya

Tambah Amiruddin, dia akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku serta berharap segalanya sudah terjawab.

Jumaat lalu, Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir dan mendakwa dirinya dianiaya. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

Pembuli dilindungi, mangsa buli di sekolah agama

by Deel Anjer 09/09/2025 133

SEORANG lelaki mengaku terkilan dan kecewa dengan tindakan sebuah sekolah yang menamatkan persekolahan anaknya

Semasa

Buli jenayah berat… ‘Kembalikan rotan, jangan sorok

by Deel Anjer 01/09/2025 138

ISU kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, 13, terus menjadi topik hangat dan

Selebriti

‘Diserang’ lelaki gila s*ks gara-gara MV Island

by Deel Anjer 01/09/2025 123

PENYANYI popular Baby Shima akui rasa bimbang apabila terdapat peminat lelaki misteri yang terlalu

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.