Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Selebriti
  3. 19 lagu galau D’MASIV, penonton hanyut dalam nostalgia
 19 lagu galau D’MASIV, penonton hanyut dalam nostalgia
Selebriti

19 lagu galau D’MASIV, penonton hanyut dalam nostalgia

by VOKALIS 22/11/2026 14

BUKAN sekadar persembahan muzik, konsert jelajah Asia Home Run kumpulan popular Indonesia, D’MASIV membawa kira-kira 4000 penonton menyelami kembali pelbagai kisah cinta, kerinduan dan kekecewaan menerusi rangkaian lagu yang cukup dekat dengan kehidupan pendengar.

Konsert yang berlangsung pada Jumaat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini menyaksikan  D’MASIV menyampaikan sebanyak 19 lagu yang kebanyakannya mempunyai elemen galau dan sarat dengan penghayatan emosi.

Antara lagu yang menjadi perhatian termasuk Pergilah Kasih, Jangan Menyerah, Rindu Setengah Mati dan Cinta Ini Membunuhku yang sehingga kini masih mempunyai tempat istimewa dalam kalangan peminat.

Lagu-lagu berkenaan bukan sahaja mengimbau nostalgia pendengar, malah menghidupkan suasana apabila penonton turut menyanyi bersama-sama mengikut setiap bait lirik yang dipersembahkan.

Keupayaan D’MASIV menggabungkan lagu-lagu popular yang pernah mencetuskan fenomena dengan karya baharu turut menjadikan persembahan mereka lebih bervariasi.

Kumpulan yang diterajui vokalisnya, Rian Ekky Pradipta itu turut dianggotai Dwiki Aditya Marsall, Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bass) serta Wahyu Piadji (dram).

Lebih mengujakan, konsert anjuran Neptunes Presents bersama Antara Suara itu turut menampilkan dua artis undangan iaitu penyanyi Malaysia, Noh Salleh dan penyanyi muda dari Brunei, Aziz Harun.

Rian turut bergandingan dengan Aziz menerusi lagu Merindukanmu yang mengajak penonton menyanyi bersama, sekali gus menambahkan kemeriahan persembahan.

Kehadiran Noh dan Aziz melengkapkan pengalaman muzik pada malam berkenaan, selain memberikan variasi kepada persembahan D’MASIV yang dipenuhi lagu-lagu popular dan karya baharu.

Gabungan lagu-lagu malar segar, karya baharu serta kemunculan artis undangan menjadikan konsert tersebut sebuah pengalaman muzik yang bukan sahaja menghiburkan, malah menghidupkan kembali kenangan peminat terhadap perjalanan seni D’MASIV. – THE VOKAL 

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Semasa

‘Pesakit kronik jangan tunggu banjir, pastikan rawatan

by VOKALIS 22/11/2026 37

PESAKIT yang menghidap penyakit kronik perlu membuat persediaan lebih awal menjelang musim tengkujuh bagi

Semasa

Tragedi kepala air: Tiga selamat, seorang wanita

by VOKALIS 22/11/2026 42

SEORANG wanita berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia dalam tragedi kepala air di Waterfall

Selebriti

Khadam ungguli FFM35, menang Filem dan Pengarah

by VOKALIS 22/11/2026 48

FILEM Khadam mencuri perhatian pada Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) apabila bukan sahaja dinobatkan

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2026. All rights reserved.