Skip to content
THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Doakan Fiza Pulang Ke Malaysia – Kedutaan Malaysia Di London Bantu Urusan Jenazah 
 Doakan Fiza Pulang Ke Malaysia – Kedutaan Malaysia Di London Bantu Urusan Jenazah 
Semasa

Doakan Fiza Pulang Ke Malaysia – Kedutaan Malaysia Di London Bantu Urusan Jenazah 

by VOKALIS 29/12/2023 549

Keluarga Allahyarham Fiza Kamarudin berharap urusan membawa pulang jenazah wartawan hiburan ke Malaysia dipermudah. 

Difahamkan, prosedur untuk membawa pulang jenazah Fiza , 40, dari London mungkin akan memakan masa seminggu memandangkan prosesnya membabitkan pelbagai dokumen.

Adiknya, Linda Kamarudin, 39, berkata, pihak keluarga berharap agar dengan bantuan Kedutaan Malaysia di London dapat membantu mempercepatkan proses membawa pulang jenazah.

“Jenazah akan dibawa balik dan setakat ini, suaminya masih lagi menguruskan beberapa dokumen. Antaranya nak proses sijil kematian yang mana akan memakan masa selama sehari dua.

“Urusan lain pun, perlu tunggu pada hari Selasa memandangkan pejabat di sana masih bercuti. Jadi, mungkin akan masa lebih kurang seminggu untuk selesai.

“Bagaimanapun, kami berharap dengan bantuan pihak kedutaan, prosesnya menjadi lebih singkat,” katanya.

Ditanya sama ada mereka mempunyai perancangan lain iaitu untuk mengebumikan jenazah di sana, Linda berkata, mereka tidak merancang mengenai perkara itu memandangkan kosnya juga lebih tinggi.

“Kami sudah berbincang, kalau boleh nak bawa jenazah pulang ke Malaysia juga. Ini kerana ada kenalan yang maklumkan kos untuk kebumikan jenazah di sana lebih mahal dari kos membawa pulang.

“Mengenai kos hospital dan kos untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia, kami belum dapat makluman jumlah penuh lagi. Khabarnya, pihak kedutaan akan bantu juga,” katanya.

Di London, Roshdi kini turut dibantu dan menerima nasihat daripada persatuan komuniti Islam dan juga pihak kedutaan.

Fiza meninggalkan suami dan dua cahaya mata, Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti

Nubhan ceraikan isteri, hadir mahkamah syariah esok

by thevokal 15/10/2025 3

SELEPAS sedekad mendirikan rumah tangga, penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia Musim Keenam (AF6),

Selebriti

Faktor kesihatan, penat bukan punca Amad rebah…

by Deel Anjer 13/10/2025 37

“KONDISI Amad dalam keadaan baik, sihat dan fit untuk persembahan namun takdir berkata lain

Santai

Influenza A merebak… ‘Mitos tidur boleh sembuhkan

by thevokal 12/10/2025 89

TIDAK dinafikan, masyarakat kita sudah terbiasa dengan mitos iaitu selepas makan ubat, tidur dalam

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.