THE VOKAL THE VOKAL
  • Home
  • Semasa
  • Selebriti
  • Sensasi
  • Sohor
  • Santai
  • Stadium
  • Sembur
Untitled design (6)
  1. Home
  2. Semasa
  3. Dua Mangsa Terkorban – Juruterbang Dan Pembantu Maut Pesawat Ringan Terhempas
 Dua Mangsa Terkorban – Juruterbang Dan Pembantu Maut Pesawat Ringan Terhempas
Semasa

Dua Mangsa Terkorban – Juruterbang Dan Pembantu Maut Pesawat Ringan Terhempas

by VOKALIS 13/02/2024 294

Dua mangsa iaitu lelaki warganegara Malaysia disahkan sebagai penumpang yang terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua mangsa ditemukan berada di dalam kokpit pesawat yang terbenam kira-kira dua meter di dalam tanah.

“Kapal terbang terbenam lebih dua meter dalam tanah. Polis bersama bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan hospital sedang berusaha untuk keluarkan mangsa yang mana ketika ini kita percaya kedua-duanya telah terkorban.

“Seorang juruterbang berumur 30-an dan seorang lagi pembantu juruterbang berusia awal 40-an. Kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat dan seterusnya proses pengecaman sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

“(Keadaan mayat) saya tak dapat sahkan sebab masih dalam proses pengeluaran. Dua-dua mangsa terbenam dalam tanah sekali,” katanya.

Menurut Hussein lagi, proses mengeluarkan mayat masih dijalankan dan dijangka selesai dalam tempoh tiga jam lagi.

“Ada kesukaran untuk keluarkan sebab kena gali lebih dua meter menggunakan jengkaut. Sukar sebab ia (pesawat) terbenam. Tak boleh korek sewenang-wenangnya. Bukan mudah. Mayat dijangka dapat dikeluarkan malam ini, dalam tiga jam lagi.

“Pesawat jatuh di kawasan kelapa sawit. Tak tersangkut pada pokok atau jatuh atas rumah. Serpihan pesawat pula dijumpai dalam lingkungan 50 meter radius,” katanya lagi.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas dekat Kapar pada petang Selasa.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi. – THE VOKAL

Share This:

Previous post
Next post

VOKALIS

editor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No comments to show.

Categories

  • Santai
  • Sebaris
  • Sedunia
  • Selebriti
  • Semasa
  • Sembur
  • Sensasi
  • Serantau
  • Sohor
  • Stadium
RELATED Stories for you
Selebriti Semasa

Awie Cabar Diri – Bakal Persembah Lagu

by VOKALIS 20/12/2024 167

Buat kali pertama dalam sejarah, ikon dan lagenda rock Malaysia, Datuk Awie memilih untuk

Semasa

PMNI Lahir Pendakwah Wibawa – Tak Galak

by VOKALIS 06/12/2024 310

Pondok Model Nusantara Al Isyraq (PMNI) komited dalam melahirkan pendakwah yang bertanggungjawab serta berilmu

Semasa

Henti Guna Sangkar Telur Bateri – Kajian

by VOKALIS 21/11/2024 184

Laporan terkini oleh Sinergia Animal menunjukkan bahawa kebanyakan syarikat di Asia tidak mungkin dapat

THE VOKAL THE VOKAL
About
© Copyright The Vokal 2025. All rights reserved.